CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Isu Notis Usir Penduduk Kaum India Di Ladang Bukit Jalil - Keputusan Mahkamah 10 Mei 2011


 
 
Berkenaan isu notis pengusiran penduduk Ladang Bukit Jalil yang kebanyakannya terdiri daripada mereka yang berketurunan India bakal menerima keputusan daripada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 10 Mei 2011 menurut maklumat bernama.

Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujah dari kedua-dua pihak.
 
Beliau akan membuat keputusan berhubung injunksi interim yang dipohon oleh 41 penduduk berkenaan, yang merupakan bekas pekerja estet bagi menghalang Datuk Bandar Kuala Lumpur daripada merobohkan rumah mereka.

Mereka menfail permohonan itu selepas menerima satu notis dari Datuk Bandar pada 1 Mac meminta mereka mengosongkan rumah sebelum atau pada 14 Mac.

Bagaimanapun pada 14 Mac mereka memperolehi injunksi ex-parte dari Mahkamah Tinggi bagi menghalang Datuk Bandar Kuala Lumpur daripada merobohkan rumah mereka sehinga tarikh pendengaran inter-parte hari ini.

Zabariah turut melanjutkan injunksi sehingga 10 Mei.
Pada 14 Mac mereka menfail saman terhadap Datuk Bandar, menuntut bahawa plaintif mempunyai hak eksklusif dan ekuiti terhadap tanah itu, di samping memohon injunksi bagi menghalang Datuk Bandar daripada merobohkan rumah mereka.

Peguam penduduk berkenaan Datuk S Ambiga berhujah bahawa mahkamah perlu meluluskan injunksi itu sementara menunggu pendengaran saman kerana menurutnya setiap orang mempunyai hak untuk tinggal di rumah masing-masing.

Seorang lagi peguam K Ragunath pula berhujah bahawa tanah yang sebelum ini berkeluasan 18,000 ekar, kini tinggal 26 ekar selepas kawasan itu dibangunkan.

Beliau berkata Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sebelum ini berkata kawasan 26 ekar itu diberikan kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan untuk dijadikan sebagai tanah perkuburan Muslim.
 
Ragunath berkata sekiranya tanah itu diberikan kepada jabatan tersebut, mengapa Dewan Bandaraya membabitkan diri dalam perkara itu.

Beliau turut menegaskan bahawa penduduk kawasan itu bukannya setinggan kerana mereka tidak menceroboh tanah itu, dan mereka sudah tinggal di kasasan itu sejak sekian lama.

Peguam Ashmadi Othman yang mewakili pihak Datuk Bandar pula berhujah bahawa Datuk Bandar sekadar melaksanakan tanggungjawab awam kepada kerajaan berhubung notis pengusiran itu, dan saman terhadap Datuk Bandar, adalah tidak betul.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Isu Notis Usir Penduduk Kaum India Di Ladang Bukit Jalil - Keputusan Mahkamah 10 Mei 2011 By Mohd Rohaizad. Published: 27.4.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...