CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Isu Pegawai Imigresen Didakwa Menerima Rasuah 2011


Isu pegawai imigresen menerima rasuah sering kita dengar melibatkan pelepasan orang asing masuk ke negara kita dengan tidak melalui cara biasa. Pegawai kerajaan kita masih belum serik dengan kes-kes yang melibatkan mereka. Kenapa isu ini terus berlaku? Adakah semuanya disebabkan ketamakan terhadap wang dan harta benda? Sila ikuti berita dibawah untuk maklumat lanjut.

Sumber Utusan melaporkan yang lapan pegawai Jabatan Imigresen dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 83 tuduhan menerima rasuah daripada pemandu feri dan orang perantara membabitkan jumlah keseluruhan sebanyak RM122,140 dalam tempoh antara April dan September tahun lalu.

Kesemua tertuduh yang merupakan penguat kuasa di Bahagian Perkapalan, Pelabuhan Selatan, Pelabuhan Klang didakwa memperoleh wang suapan itu yang dimasukkan ke dalam akaun mereka atau individu lain sebagai upah bagi memudahkan urusan kemasukan penumpang warga Indonesia ke negara ini tanpa perlu mematuhi syarat yang ditetapkan.

Md. Shahrizal Che Dan, 26, Mohd. Khairul Haqimie Kamarudin, 26, Ahmad Zahed Abd. Alim, 28, Azmir Mahadi, 28, Mohd. Hafiz Zakaria, 27, Nor Shahazlina Sulaiman, 25, Mohamad Huzzail Ahmad, 31, dan Mohamad Izuwanshah Samsuri, 25, masing-masing mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibaca secara berasingan.

Md. Shahrizal menghadapi 31 pertuduhan memperoleh wang tunai berjumlah RM51,760 melalui 31 transaksi di beberapa buah cawangan Public Bank, manakala Nor Shahazlina didakwa menerima suapan sebanyak RM2,900 melalui akaun milik Abdul Razak Khaidir di Maybank Cawangan Pandamaran.

Sementara itu di mahkamah berasingan, Mohamad Izuwanshah didakwa atas 25 pertuduhan memperoleh wang tunai sebanyak RM31,690, manakala Mohamad Huzzail didakwa memperoleh suapan RM500 di hadapan sebuah rumah di Persiaran Seraya, Taman Palm Grove, Klang.

Di sebuah lagi mahkamah, Ahmad Zahed didakwa atas 12 pertuduhan memperoleh wang tunai sebanyak RM13,590, manakala Azmir Mahadi pula didakwa atas enam pertuduhan memperoleh RM5,710.
Mohd. Hafiz pula didakwa atas empat pertuduhan memperoleh suapan RM8,640 dan Mohd. Khairul Haqimie yang sedang menyambung pelajaran pula menghadapi tiga pertuduhan memperoleh RM7,350.

Tiga hakim iaitu Asmadi Hussain, M. Bakri Abd. Majid dan Mat Ghani Abdullah yang mendengar kes itu secara berasingan membenarkan setiap tertuduh diikat jamin antara RM4,000 dan RM10,000.

Mat Ghani menetapkan esok untuk sebutan kes terhadap Ahmad Zahed, Azmir, Mohd. Hafiz dan Mohd. Khairul Haqimie bagi memutuskan sama ada mereka akan dibicara bersama atau sebaliknya, manakala dua hakim lain menetapkan sebutan kes pada 5 Mei dan 27 April ini.

Bagi setiap pertuduhan, mereka didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana yang lebih tinggi.

Pada Ogos tahun lalu, sebuah akhbar melaporkan kes kakitangan Imigresen di Jeti Pulau Ketam, Pelabuhan Klang menerima suapan sehingga RM60,000 sebulan sebagai habuan bagi memudahkan urusan keluar masuk pendatang haram serta melepaskan warga asing dengan pasport yang mempunyai cop palsu atau tiada dokumen.

Tindakan tersebut menyebabkan pintu masuk negara melalui pelabuhan itu mudah dibolosi pendatang haram dari Indonesia.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Isu Pegawai Imigresen Didakwa Menerima Rasuah 2011 By Mohd Rohaizad. Published: 8.4.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...