CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Isu Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) Merusuh Membakar Dan Melarikan Diri Di Malaysia


Isu pendatang asing tanpa izin atau PATI ini memang tidak habis di Malaysia. Kes bakar dan merusuh sehingga berjaya melarikan diri daripada pusat tahanan sungguh memalukan.. Bagaimana boleh terlepas lagi? Berapa kali lagikah mereka akan dilepaskan begini? Hukuman yang berat sepatutnya dikenakan agar mereka yang terlibat tidak akan cuba mengulangi lagi.. Saya rasa sudah tiba masanya PATI ini ditahan seolah-olah seperti di penjara.. lebih sistematik dan terjamin.. keberangkalian untuk merusuh, membakar, dan melarikan diri akan kurang berlaku.. sudah tiba masanya kerajaan menggunakan kaedah-kaedah yang lebih efektif daripada terus menanggung malu dalam isu PATI ini.. Pendapat anda pula bagaimana ya?

Sumber Utusan menyebut seramai 109 tahanan lelaki pendatang asing tanpa izin (PATI) telah merusuh dan membakar sebuah bangunan di Depot Tahanan Imigresen Lenggeng Negeri Sembilan semalam, sebelum bertindak melarikan diri.

Dalam kejadian kira-kira 9.45 malam itu, 23 daripada mereka bagaimanapun berjaya ditahan semula.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Depot, Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Mohmed Asri Yusof, pihak polis, Imigresen dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) telah membuat operasi untuk mengesan tahanan yang melarikan diri.

“Kita meminta orang ramai memberi kerjasama dengan melaporkan kepada pihak berkuasa jika melihat individu mencurigakan di kawasan mereka,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Isu Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) Merusuh Membakar Dan Melarikan Diri Di Malaysia By Mohd Rohaizad. Published: 5.4.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...