CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Isu Perhimpunan PERKASA Di Kedah Tidak Berkaitan '1Melayu, 1Bumi'


Isu Perhimpunan Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) di Kedah pada Jumaat dan Sabtu ini tidak ada kena mengena dengan kempen '1Bumi, 1Melayu' seperti yang diwar-warkan sebelum ini di dalam Utusan Malaysia.

Malah, menurut Yang Dipertua PERKASA Kedah Syed Osman Mansor, tiada sebarang program khusus atau pelancaran idea yang mula-mula dicetuskan oleh akhbar Utusan Melayu pada 20 April lalu.
 
"Tidak ada kena mengena. Tidak ada rancangan istimewa (untuk itu).

"Kita hanya fokus pada perhimpunan Melayu PERKASA Kedah," Kata Syed Osman ketika diminta mengesahkan sama ada konsep itu akan dilancarkan mereka di negeri Jelapang Padi.

Syed Osman (kanan) bagaimanapun enggan mengulas sama ada menyokong atau tidak idea itu beliau sendiri masih samar-samar terhadap konsep itu.

"Saya tidak mahu komen perkara itu. Saya sendiri masih samar-samar lagi konsep sebenarnya. Belum tiba masanya.

"Pada saya, teras bumiputera (yang diperjuangkan), itu daripada sudut kesejahteraan orang Melayu," katanya.

MB Kedah Tidak Dapat Hadir
Kelmarin, Bernama melaporkan PERKASA Kedah menganjurkan perhimpunan besar 30,000 orang di Alor Setar sebagai susulan perhimpunan di Kelantan dan Perak sebelum ini bagi menunjukkan kesepakatan Melayu.

Syed Osman dipetik sebagai berkata oleh agensi berita nasional itu bahawa PERKASA akan melancarkan kempen “1Bumi, 1Melayu” pada Sabtu untuk menuntut hak kaum itu secara terbuka.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, beliau bagaimanapun menafikan mengeluarkan kenyataan berhubung 'pelancaran' konsep yang diketengahkan kolumnis Utusan Zaini Hassan itu.

"Tidak betul. Itu persepsi sahaja. Ia soalan yang diajukan pemberita kepada saya," jelas Syed Osman.

Menurut Osman, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga penasihat pertubuhan Melayu itu akan hadir menyampaikan ucap utama sekitar tema "Perpaduan Melayu Teras Perpaduan Rakyat Malaysia" pada Sabtu.

Turut turun padang Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali. Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak bagaimanapun tidak dapat hadir kerana mempunyai program lain pada masa itu, kata Syed Osman.

Di samping itu, PERKASA juga menganjurkan Ekspo Perdagangan Melayu PERKASA Kedah sebagai program sampingan bagi menggiatkan ekonomi kaum itu dan meramaikan orang untuk acara kemuncak mereka pada hari terakhir.

Puluhan usahawan Melayu akan terlibat mempamer dan meniagakan produk dan perkhidmatan mereka di Stadium Sultan Abdul Halim Shah di Alor Setar dalam program dua hari itu.-malaysiakini

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Isu Perhimpunan PERKASA Di Kedah Tidak Berkaitan '1Melayu, 1Bumi' By Mohd Rohaizad. Published: 27.4.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...