CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Isu PERKASA - Briged Setia Negara Dalam RELA Diluluskan Kementerian Dalam Negeri (KDN)


 
Isu Pertubuhan pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) telah meningkatkan lagi peranan dan pengaruhnya dalam memperjuangkan politiknya dengan menubuhkan unit khas - Briged Setia Negara - dalam Ikatan Relawan Rakyat (RELA), yang ekslusif untuk anggotanya menjadi isu perbualan. Adakah wajar dan relevan?
 
Penyelaras PERKASA, Zainuddin Salleh memberitahu Komunitikini bahawa briged tersebut ditubuhkan oleh ketua PERKASA Selangor, Abdullah Mansor Disember tahun lalu.

“Satu kelulusan diberikan oleh Kementerian Dalam Negeri pada Disember tahun lepas untuk penubuhan briged tersebut," dakwa Zainuddin.



"Briged itu ditubuhkan eksklusif untuk anggota PERKASA Selangor," tambahnya.

Katanya, mereka yang menyertai PERKASA akan ditawarkan pilihan untuk menganggotai Briged Setia Negara.
Lamanweb PERKASA Selangor menunjukkan penubuhan briged tersebut diumumkan kepada anggotanya dalam satu majlis baru-baru ini.

Briged tersebut, menurut Zainuddin, tiada bezanya dengan unit-unit lain dalam RELA kecuali syarat untuk menganggotainya.



“Tugas dan pakaian seragam tetap sama,” tambahnya.

Ditanya sama ada ahli Umno yang bukan anggota PERKASA dibenarkan menyertai briged tersebut, Zainuddin berkata, individu seumpama itu harus menyertai RELA secara terus.

Semakan di lamanweb PERKASA Selangor mengesahkan bahawa pertubuhan itu telah mengadakan satu taklimat mengenai briged berkenaan dalam satu majlisnya baru-baru ini, dengan Abdullah memakai berpakaian seragam RELA.-malaysiakini

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Isu PERKASA - Briged Setia Negara Dalam RELA Diluluskan Kementerian Dalam Negeri (KDN) By Mohd Rohaizad. Published: 27.4.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...