CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Isu Petrol 2011 Naik 20 Sen Dan Negara Rugi RM108 Bilion Setahun


Tahukah rakyat Malaysia sekalian bahawa minyak petrol Ron 97 telah naik 20sen? Tahukah rakyat Malaysia bahawa negara telah rugi RM108 bilion setiap tahun! SETIAP TAHUN! Mengucap dengar perkataan tu.. kemanakah duit atau wang rakyat itu pergi? Ingat dalam juta juta ke? Bilion tu.. ratus bilion wahai rakyat Malaysia.. SPRM sahaja segan nak dedahkan siapa punya angkara.. sebab ada orang lebih atas yang berperanan mengawal boneka-boneka disetiap agensi untuk menjaga kepentingan peribadi dan kroni.. Adakah anda setuju atau sekadar menjadi pak turut yang seolah-olah bodoh tidak mengerti atau dengan bahasa lain.. "Buat Bodoh"?

Sumber dari Harakah dinyatakan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, isu video telah memerangkap rakyat Malaysia sehingga hilang fokus kepada isu yang sebenar.

Katanya, ketika rakyat sibuk membincangkan isu video, kerajaan BN telah menaikkan harga minyak RON 97 sebanyak 20 sen seliter kepada RM2.70 manakala SPRM mengumumkan negara rugi RM108 bilion setiap tahun angkara rasuah dan aktiviti haram yang lain.

Tambahnya, kebijaksanaan pemimpin BN mengalihkan isu sebenar dengan permainan media mereka sehingga lupa kepada isu tidak kemampuan BN menguruskan negara.

Begitu juga, ujarnya dengan Buku Jingga sampai sekarang tidak ada jawapan yang mantap untuk menjawabnya oleh pemimpin Umno BN.

“Mereka hanya mampu mengatakan Buku Jingga boleh bawa bankrap jika Pakatan Rakyat laksanakan apabila mereka memerintah walaupun jawapan balas sudah diberikan dengan fakta tentang kemampuan PR melaksanakan agenda Buku Jingga,” katanya kepada Harakahdaily.

Pakatan Rakyat, katanya jangan pula lalai dengan isu video sehingga lupa untuk agenda perubahan untuk rakyat.
Menurutnya, semua maklum isu Buku Jingga pihak BN berada dalam keadaan defensif.

“Mereka hanya upah pemimpin Umno Sabah untuk bercakap mengenai Buku Jingga di dalam parlimen walaupun kadang-kadang tidak masuk stesen sehingga di dalam parlimen askar upahan BN membincang Buku Jingga dan terlupa bincang titah Diraja,” katanya.

Tegasnya, PAS yakin isu video akan menjadi senjata makan tuan kerana rakyat sudah mual dengan politik lucah yang tidak berkesudahan.

“Apakah ini politik transformasi Datuk Seri Najib Tun Razak?

“Apakah rakyat boleh kenyang dengan video lucah? Apakah dengan isu ini inflasi negara akan menurun?” soalnya.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Isu Petrol 2011 Naik 20 Sen Dan Negara Rugi RM108 Bilion Setahun By Mohd Rohaizad. Published: 6.4.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...