CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Isu Posmen Dan Pembantu Am JPN Ditahan Kes Tipu Kad Kredit


Posmen dan pembantu am JPN telah melakukan kes penipuan kad kresit yang melibatkan kerugian berjuta-juta ringgit. Rakyat Malaysia memang cukup terkenal dalam kes penipuan jenis ini.. memang tidak dapat dinafikan lagi.. kepakaran rakyat Malaysia dalam penipuan kad kredit cukup terkenal seantero dunia.. dunia.. dunia.. kerana duit harta benda manusia sanggup buat apa sahaja.. selepas ini harap jawatan kosong yang ditinggalkan mereka diisi oleh orang yang lebih amanah dan bertanggungjawab ya.

Bernama melaporkan dari Kuala Lumpur yang polis menahan 13 individu termasuk tujuh orang posmen dan seorang pembantu am Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kerana disyaki terlibat dalam kegiatan pintasan dan pemalsuan kad kredit membabitkan kerugian hampir RM1 juta.

Mereka yang berumur lingkungan 25 dan 40 tahun itu ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Polis Cheras, secara berasingan di beberapa kawasan di sekitar Lembah Klang, dari 1 hingga 9 April lalu. 

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh, berkata selain pekerja Pos Malaysia dan JPN, lima lagi yang ditahan adalah penganggur yang terdiri dari dua lelaki dan tiga wanita. 

"Semua mereka disyaki terlibat dalam kegiatan ini sejak 2009. Tangkapan pertama telah dibuat pada 1 April lepas, apabila seorang lelaki berumur 37 tahun ditahan di Pejabat Pos Taman Shamelin, Cheras," katanya.

Amar Singh berkata lelaki itu ditahan kerana cuba mengambil bungkusan yang mengandungi kad kredit yang didaftarkan atas nama seorang wanita.

"Pejabat Pos telah menghubungi wanita itu yang menafikan dia telah mendapat kad kredit yang dipohonnya.

"Pemeriksaan mendapati, suspek turut menggunakan kad pengenalan palsu atas nama pelanggan (wanita) itu bagi menuntut bungkusan kad kredit berkenaan," katanya.

Bertindak atas maklumat itu, polis kemudian menahan lelaki terbabit dan pemeriksaan ke atasnya, polis menemui 10 keping kad kredit pelbagai bank yang dipercayai palsu.

"Sindiket itu akan menggunakan posmen bagi memintas kad kredit mangsa dan posmen terbabit akan dibayar upah antara RM50 sehingga RM100 bagi satu kad kredit yang berjaya dipintas," katanya.

Beliau berkata sindiket itu kemudian akan mengeluarkan cip yang ada pada kad kredit asal dan meletakkan pada kad kredit lain.

"Seterusnya kad kredit asal akan ditampal dengan cip yang palsu sebelum kad kredit itu dipulangkan semula kepada pemilik secara pos.

"Suspek yang bekerja di JPN pula akan mengesahkan identiti sebenar pemilik kad kredit itu sebelum kad itu disahkan dan seterusnya dapat digunakan kumpulan terbabit," katanya.

Susulan penahanan semua suspek itu, polis turut berjaya merampas sebuah kereta, 19 telefon bimbit dan 11 sampul surat yang mengandungi kad kredit. 

Maklumat Dikemaskini: Posmen Dipecat Serta-Merta

Tujuh posmen yang dilapor ditahan kerana disyaki terlibat dalam sindiket pemalsuan kad kredit telah ditamatkan perkhidmatan berkuatkuasa serta merta, kata Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Pos Malaysia Bhd Datuk Syed Faisal Albar.

Beliau berkata Pos Malaysia kesal dan memandang serius perbuatan tidak bertanggungjawab itu walaupun ia merupakan kes terpencil.

"Pos Malaysia Bhd sama sekali tidak akan bertolak ansur dengan kes-kes dan perbuatan salah laku atau merosakkan surat-surat dan item mel dan tidak memaafkan perbuatan yang tidak bertanggungjawab di kalangan kakitangan pos," katanya dalam kenyataan hari ini.

Polis dilapor menahan 13 individu termasuk tujuh posmen dan seorang Pembantu Am Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kerana disyaki terlibat dalam kegiatan pintasan dan pemalsuan kad kredit membabitkan kerugian hampir RM1 juta.

Kesemua mereka yang berumur dalam lingkungan 25 dan 40 tahun itu ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Polis Cheras, secara berasingan di beberapa kawasan di sekitar Lembah Klang, dari 1 hingga 9 April lepas.

Syed Faisal berkata, Pos Malaysia telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan akan terus membantu dalam siasatan mereka.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Isu Posmen Dan Pembantu Am JPN Ditahan Kes Tipu Kad Kredit By Mohd Rohaizad. Published: 12.4.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...