CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Isu Produk Kosmetik Dikesan Mengandungi Racun - Awas Para Pengguna


 Isu produt kosmetik yang berada di pasaran Malaysia dikesan mengandungi racun yang bahaya ke atas pengguna jika digunakan. Diharap para pengguna berhati-hati dan memeriksa jenama dan bahan yang terkandung terlebih dahulu sebelum membeli, malah digalakkan membuat laporan jika terdapat jenama yang mengandungi bahan yang boleh menjejaskan kesihatan pengguna.
 
Orang ramai dinasihatkan supaya mengelak daripada membeli dan mengguna enam produk kosmetik jenama terkenal berikutan pengesanan Racun Berjadual seperti dexamethasone, hydroquinone dan tretinoin yang boleh memberi pelbagai kesan sampingan kepada pengguna.
 
Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan Datuk Eisah A. Rahman berkata, enam produk tersebut ialah BML HB Lotion, Krim Malam Shana, Natasya Gold Krim Herba, Biotox Whitening Hydro Cream, Yoko Whitening Cream dan Sue Beauty Night Treatment Cream.

"Penggunaan dexamethasone, hydroquinone dan tretinoin dalam produk kosmetik adalah tidak dibenarkan dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, tretinoin boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, kulit mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari manakala hydroquinone pula boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini dan kulit menjadi hipersensitif di samping menghalang proses pigmentasi (depigmentasi). - Bernama

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Isu Produk Kosmetik Dikesan Mengandungi Racun - Awas Para Pengguna By Mohd Rohaizad. Published: 20.4.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...