CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Isu Saluran TVi - Siaran Televisyen Rakyat Sabah Dan Sarawak 24 Jam


Tahniah diucapkan kepada rakyat Sarawak dan Sabah akan mendapat saluran baru dikenali sebagai TVi. Tvi ini dikatakan untuk siaran negeri tersebut dengan mengetengahkan maklumat dan budaya-budaya dinegeri tersebut. Dipercayai saluran tersebut akan menjadi medium propaganda kerajaan dalam mengaplikasikan konsep 1Malaysia seperti di TV1, TV2, TV3 dan yang dikuasai kerajaan. Diharap sumber maklumat yang disampai tidak berat sebelah dan hanya menjadi alat buat kerajaan untuk menipu rakyat.

Bernama laporkan dari Kuching, Sarawak, saluran baru TVi, saluran televisyen khas untuk Sabah dan Sarawak, merupakan inisiatif kerajaan pusat dan negeri agar kehidupan dan budaya rakyat di kedua-dua negeri difahami dengan lebih mendalam oleh rakyat Malaysia khususnya penduduk Semenanjung.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan kata Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata melalui saluran khas itu, cara hidup serta asal usul masyarakat Sabah dan Sarawak dipaparkan, sekali gus dapat mengaplikasikan konsep 1Malaysia dengan lebih berkesan.

"Program-program yang menyerlahkan kehidupan di Sabah dan Sarawak, kebudayaan, lagu-lagu dari komuniti dan etnik pelbagai kaum, dokumentari, sejarah serta perancangan untuk negeri-negeri ini akan kami jendelakan menerusi TVi," katanya sewaktu berucap di Majlis Ramah Mesra bersama Penduduk Kampung Lintang, di sini Rabu.

TVi atau TV Interaktif, akan dilancarkan di Auditorium Angkasapuri Radio Televisyen Malaysia (RTM) Kuching pada 10 April ini oleh Rais dan ia boleh dicapai melalui saluran Astro 180 yang kini menyiarkan siaran Muzik Aktif.

Terdahulu, Rais, diiringi Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia(SKMM) Tan Sri Khalid Ramli, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Datuk Fuad Hassan dan Pemangku Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Norhyati Ismail, melawat di sekitar bandar Satok, dan meluangkan masa beramah mesra bersama orang ramai di Pasar Terbuka di Jalan Market, sebelum berangkat ke Kampung Lintang yang terletak di seberang Sungai Sarawak menggunakan bot penambang.

Rais turut mengumumkan perancangan kerajaan untuk melaksanakan kampung jalur lebar tanpa wayar atau 'wireless-fidelity'( WiFi) di kampung tersebut.

"Akan kita jalinkan kampung ini (Kampung Lintang) dengan kemudahan teknologi ini supaya semua orang boleh guna Internet menerusi jalur lebar.

"Kalau ketua kampung kata wahai orang bernama Rais Yatim, kami nak kemudahan ini sekarang, minggu ini jugak saya suruh SKMM datang," katanya sambil disambut sorakan dari penduduk kampung tersebut.

Dalam pada itu, Rais turut meminta masyarakat setempat agar bersikap rasional dan menghargai jasa kerajaan negeri dan Barisan Nasional (BN), dan tidak mudah terpengaruh dengan hasutan pembangkang dalam pilihan raya negeri kali ini.

"Mesti kita (rakyat) bantu BN yang berjasa walaupun kadang-kadang kerajaan ada juga kelemahan...seperti dalam urusan pokok, ada tinggi, rendah, kecil, besar, ada buah, ada wangi dan busuk, tapi dalam masyarakat, kita harus sentiasa bertoleransi dan yakin dengan konsep 1Malaysia yang diasaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya.

Maklumat Dikemaskini:

TV Interaktif (TVi), saluran televisyen 24 jam khas untuk Sarawak dan Sabah, memulakan siarannya melalui saluran Astro 180 hari ini, dengan sasaran tidak kurang 45 peratus kandungannya adalah dari kedua-dua negeri berkenaan.

Semasa merasmikan pelancaran TVi, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata perkhidmatan itu diwujudkan hasil kerjasama Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Astro.

 
Katanya, isu, berita dan rancangan terkini membabitkan remaja juga akan dijadikan keutamaan. 
 
"Kebanyakan isiannya mengenai Sabah dan Sarawak. Hanya sesegmen kecil daripada punca lain. Tetapi ini tidak bermakna berita asas nasional tidak diberi," katanya kepada pemberita selepas perasmian saluran itu di Auditorium RTM di sini.

Saluran Astro 180 sebelum ini menyiarkan Muzik Aktif.

Beliau berkata, sebagai permulaan iaitu selepas pilihan raya negeri Sarawak, kementerian akan membekalkan 2,000 alat decoder untuk penduduk di pedalaman supaya golongan itu turut dapat menikmati program saluran itu.

Rais berkata, kelahiran TVi bukan saja hasil kerjasama erat antara kerajaan pusat dan negeri, tetapi juga kerjasama bijak antara sektor awam dan swasta.

Katanya, kerjasama sedemikian juga adalah lebih kos efisien.

"Astro mempunyai peralatan satelit yang membolehkan semua pelosok negara dapat diliputi daripada kita membina stesen pemancar melalui bukit bukau. Ia lebih baik menyewa dari Astro sebab Astro pun ada tujuan nasional," katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau mahu TVi turut menerapkan gagasan 1Malaysia dalam programnya.

Hadir sama, Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan kebudayaan, Datuk Joseph Salang Gandum; Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber II Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Awang Ali, dan EXCO Penerangan Sabah, Datuk Sapawi Ahmad.

Sementara itu, mengalu-alukan kewujudan TVi, Awang Tengah berkata saluran itu diharapkan dapat membantu mengukuhkan lagi integrasi national antara semua rakyat Malaysia dan menyemarakkan lagi konsep 1Malaysia. - Bernama

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Isu Saluran TVi - Siaran Televisyen Rakyat Sabah Dan Sarawak 24 Jam By Mohd Rohaizad. Published: 7.4.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...