CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Isu Skim Rumah Pertama (SRP) Di Malaysia


 Skim Rumah Pertama (SRP) Dilancarkan Oleh PM Pada 8 Mac 2011


Saya terbaca pandangan menarik melalui artikel oleh saudara Muaz Hadi berkenaan Skim Rumah Pertama (SRP) di Malaysia, katanya begini:

Jika anda masih ingat saya pernah menulis beberapa artikel mengenai 'Skim Rumah Pertama' (SRP) dulu sebaik sahaja ianya dibentangkan dalam Bajet 2011 tahun lepas, yang berkisar tentang 'projection' saya dan rakan-rakan tentang kesan negatif SRP ini yang secara kasarnya saya katakan kesannya akan menjadi lebih kurang sama dengan kesan 'Zero Down-payment' pembelian kereta (Perodua, Proton, Naza etc)

Kesannya ialah selepas 3-4 bulan berapa banyak kereta yang ditarik/dilelong. Keadaan ini menguntungkan
golongan pemerhati yang menunggu kereta baru dengan harga murah. Itu kelebihannya =) Tapi bagi yang mengambil skim itu, bukankah ianya satu yang negatif?

Saya dah huraikan sebelum ini juga mengenai perkaitannya dengan SRP, tapi perkongsian kali ini kita lihat
aspek positif yang di bawa oleh SRP, asyik yang negatif je kan? Nanti kena label anti-pembangunan pula =)

Tapi suka untuk saya ulang semula apakah syarat untuk SRP ini;

[1] Tak perlu deposit 10 peratus.
[2] Untuk yang pendapatannya min RM1500, max RM 3000
[3] Hanya untuk pembelian rumah pertama.
[4] Umur tidak lebih dari 35 tahun.
[5] Sudah di sahkan jawatan sekurang-kurangnya 6 bulan
[6] Harga rumah tertakluk daripada 100 ribu hingga 220 ribu sahaja

Perlu juga diingatkan walaupun 10% bayaran muka dijamin oleh kerajaan bukan bermakna anda hanya membayar 90% harga rumah, tapi anda membayar 100% harga ruman + interest


Sistem yang dilaksanakan ialah, 10% dijamin oleh kerajaan kepada Bank melalui Cagamas Berhad supaya pihak bank tetap dengan sistem asalnya dan tiada perubahan besar pada sistem asal.

Semalam saya memandu menuju Kajang dan nampak satu iklan besar pembelian rumah yang bernilai RM190k++ dan terdetik di hati..

"Mungkin inilah kesan positif SRP"

Jika sebelum ini harga rumah (walaupun di Kedah) sukar untuk dibeli dengan harga bawah RM300k, perletakan syarat SRP dengan maksimum harga rumah RM220k sudah pasti akan menarik minat pemaju membina rumah dengan lingkungan harga yang ditetapkan dalam SRP. Mengabaikan jenis rumah dalam perbincangan ini, boleh dikatakan ianya satu perkembangan yang AMAT POSITIF kepada pembeli mahupun pemaju

Sememangnya tujuan SRP secara dasarnya mahu meningkatkan kuasa pemilikan rumah untuk golongan muda (<35 tahun) dan dengan perkembangan ini (tindakan daripada pemaju) hasrat ini bakal mencapai matlamatnya. Suatu yang positif bukan? Tapi hampir pasti tiada yang bakal dibina dengan kos ini di kawasan 'HOT' seperti di Johor Bahru, kawasan-kawasan berdekatan LRT/Monorel/Komuter, jika ada pun pasti saya hantarkan proxy2 saya untuk membelinya sebelum anda! (just jOking =)

Jadi apa tindakan kita?

Rajin-rajinlah berjalan di pasaraya, melihat prospek rumah-rumah baru dan jika ada sekali lagi pameran Hartanah, terus serbu!

Ada pula suara-suara rungutan, kenapa kena ada minimum gaji RM1500, kurangkan lagi kepada RM1000 barulah 'mesra rakyat'. Saya rasa yang beri cadangan itu tidak faham dengan beban 'interest'. 100% hutang
rumah pun sudah boleh dikatakan 'BEBAN HEBAT', dengan gaji RM1000 ianya bukan lagi beban hebat tapi
sudah menjadi 'BEBAN DAHSYAT'

Saya dengar satu kenyataan oleh Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin ketika di 'tembak' dengan soalan oleh ahli Parlimen dan beliau mengeluarkan kenyataan;

"SRP tidak berdaya maju"

Tidak pasti sama ada ianya dimasukkan di dalam akhbar atau tidak (saya dengar dari sedutan Parlimen di TV1), tapi kenyataan itu memberikan refleks bahawa SRP yang sedia ada ini sudah cukup minimum dan sebenarnya tidak memberi apa-apa keuntungan besar kepada kerajaan, dan dalam hal ini ucapan terima kasih harus diberikan kepada kerajaan (bukan mengampu, tapi yang benar harus diucapkan terima kasih )

Anda ambil SRP dan anda tahu mengenai beban hutang yang bakal anda tanggung, tapi anda 'compensate' dengan kelebihan yang bakal anda perolehi. Ketika itu anda nampak dan rasai 'sedikit' kemanisannya.

Harap sedikit perkongsian ini memberikan satu gabungan pemikiran yang positif yang bakal melahirkan sinergi
bersama ke arah kebebasan kewangan!

Adakah perkongsian ini bermanfaat?

P/s: Saya ambil bulat-bulat pendapat saudara Muaz Hadi. Terima kasih diucapkan. Pada pendapat saya, isu Skim Rumah Pertama (SRP) ini memang mempunyai pro dan kontra atau positif dan negatif. Cuma bergantung juga kepada kita sama ada kita mampu atau tidak untuk membayar setiap bulan, andai kata duit gaji kita layak tetapi perbelanjaan kita tinggi dan tidak mampu pun susah juga kan? Oleh itu, tanyalah pada diri sendiri sama ada anda  mempunyai kemampuan atau tidak agar jangan menyesal dikemudian hari "RUMAH ANDA KENA TARIK" oleh pihak bank. :)



Sumber rujukan:
pengurusanwang.com

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Isu Skim Rumah Pertama (SRP) Di Malaysia By Mohd Rohaizad. Published: 2.4.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...