CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Isu SPRM - Soalsiasat Di Aras Bawah Pejabat Dan Diawasi Pegawai Sepanjang Masa


Berita di TV tadi mengenai Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM memaklumkan soalsiasat hanya akan dilakukan dibawah aras pejabat dan ditemani oleh pegawai.. rasa nak tergelak pun ada juga.. sampai begitu sekali tindakan pegawai kerajaan Malaysia untuk menangani isu yang semakin memburukkan nama agensi kerajaan.. Adakah selepas ini semua tingkap perlu di grill kan? selepas ini kita tunggu bagaimana pula saksi dan pengadu rasuah dibunuh di agensi kerajaan yang lain... Kita tunggu ya..

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menggariskan beberapa langkah keselamatan termasuk arahan supaya soalsiasat hanya dijalankan di aras bawah bangunan SPRM, berkuatkuasa serta-merta.

Di bawah arahan terbaru itu, orang luar hanya dibenarkan masuk hingga ke ruang tamu sahaja.

Perkara itu diumumkan oleh timbalan ketua pesuruhjaya SPRM (pengurusan dan profesionalisme), Datuk Zakaria Jaafar dalam satu sidang akhbar di ibupejabat suruhanjaya itu di Putrajaya hari ini.

Menurutnya, bahagian keselamatan telah diarahkan mengambil langkah maksimum, dengan tertuduh hendaklah selesai ditemuduga di aras bawah sahaja.

Bagi SPRM di negeri yang tidak mempunyai aras bawah, iaitu pejabat yang disewa, pula diarahkan supaya mengambil langkah keselamatan yang maksimum - Malaysiakini

Sumber Maklumat Dikemaskini:

Di PutraJaya, berkuat kuasa serta merta, semua individu berurusan dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), terutama orang yang kena tuduh, orang yang disyaki, saksi atau pengadu, hendaklah diselesaikan di aras bawah pejabat milik SPRM atau diawasi sepanjang masa.

Bagi pejabat SPRM yang tidak mempunyai aras bawah, setiap orang yang berurusan dengan SPRM perlu diawasi sepanjang masa dan jumlah pegawai SPRM yang mengawasinya bergantung kepada tahap seriusnya sesuatu kes itu.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM, Datuk Zakaria Jaafar, berkata arahan itu bukan perkara baru tetapi bagi menegaskan peraturan sedia ada. 
"Arahan Ketua Pengarah Bilangan 12/001 mengarahkan semua Pengarah Bahagian, Pengarah Biro Pencegah Rasuah (BPR) atau kini Pengarah SPRM negeri selain pegawai dan staf SPRM bahawa tetamu atau pelawat SPRM tidak dibenarkan dibawa masuk ke bilik pejabat pegawai.

"Tempat pertemuan tetamu dan pelawat adalah terhad kepada bilik tetamu atau ruang menunggu saja. Ini amat jelas dalam peraturan yang dikuatkuasa sejak dulu lagi. Arahan baru saya cuma tegaskan supaya langkah keselamatan yang maksimum diambil ke atas semua orang yang berurusan dengan SPRM.

"Saya juga minta Pengarah Bahagian Keselamatan SPRM membuat pemeriksaan sekali lagi terhadap keseluruhan pejabat kita, sama ada pejabat yang kita punya sendiri atau disewa, untuk memastikan ciri-ciri keselamatan dipenuhi," katanya pada sidang media selepas mesyuarat bersama pegawai kanan dan pengarah SPRM negeri di sini petang tadi.

Kelmarin, Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed, 56, ditemui mati di tingkat satu pejabat SPRM Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane, Kuala Lumpur, selepas datang ke pejabat SPRM untuk bertemu pegawai penyiasat.

Sementara itu, SPRM membuat laporan polis berhubung kenyataan Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming, yang dilaporkan laman berita China Press bahawa berlaku 1,839 kematian dalam tahanan SPRM sejak 10 tahun lalu.

Penguasa Kanan SPRM, Mohd Azwan Ramli, membuat laporan polis itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya, pada jam 4.30 petang tadi bahawa dakwaan kenyataan Ahli Parlimen Taiping itu berunsur fitnah dan tidak berasas.

Maklumat Kemaskini: Keselamatan Maksimum


  • Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil langkah keselamatan maksimum mengarahkan semua urusan melibatkan orang yang dituduh, disyaki, saksi atau pengadu dilakukan di aras bawah bangunan SPRM, berkuatkuasa serta-merta.


  • Bagi urusan melibatkan pejabat SPRM yang tidak mempunyai aras bawah, pengawasan sepanjang masa dilakukan oleh pegawai SPRM.




  • SPRM juga meneliti untuk memasang jeriji besi di tingkap kaca bagi mengelak kemalangan.


  • Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah SPRM mencadangkan agar SPRM diberi peruntukan segera bagi menambah baik sistem kawalan keselamatan dan kawal selia, termasuk pemasangan CCTV.




  • SPRM mengesan beberapa juta ringgit dalam akaun pegawai-pegawai kastam yang ditahan dalam operasi 3b serta lebih RM2 juta dalam akaun milik seorang pengarah yang sudah bersara.



  • Dikemaskini: Polis Siasat CCTV SPRM


    Bernama di Kuala Lumpur melaporkan yang seramai 20 individu telah diambil keterangan bagi membantu siasatan berhubung kematian penolong pengarah Kastam Selangor di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane di sini, 6 April lepas.

    Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh, berkata polis sudah mengambil keterangan daripada individu yang mempunyai keperluan dan kaitan dengan kes berkenaan.

    "Bermula pada hari pertama kejadian dan sejak kertas siasatan kes ini dibuka sehinggalah pada hari ini, polis telah merekodkan sebanyak 20 keterangan.

    "Kesemua keterangan ini adalah daripada pihak yang kita rasa mempunyai keperluan yang boleh membantu siasatan," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras, di sini hari ini.

    Beliau berkata pasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur (IPK KL) masih meneruskan siasatan bagi melengkapkan beberapa maklumat sebelum kes itu dapat dirujuk kepada pihak atasan termasuk pejabat Peguam Negara untuk tindakan susulan. "Jabatan kini masih siasat beberapa perkara, ini termasuk kandungan maklumat dalam telefon bimbit milik penolong pengarah itu selain rakaman CCTV di bangunan pejabat SPRM sebagai bukti siasatan," katanya.

    Ahmad Sarbani Mohamed, 56, yang bertugas di Pejabat Kastam Pelabuhan Klang ditemui mati di gelanggang badminton di tingkat satu bangunan pejabat SPRM itu setelah dilaporkan datang untuk bertemu pegawai penyiasat SPRM berhubung siasatan kes rasuah yang membabitkan 62 pegawai Kastam Diraja Malaysia.

    Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

    Isu SPRM - Soalsiasat Di Aras Bawah Pejabat Dan Diawasi Pegawai Sepanjang Masa By Mohd Rohaizad. Published: 8.4.11
    Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



    Terima kasih atas kunjungan Anda



    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...