CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Isu Tapisan Keselamatan Pegawai Lantikan SPA - Pensyarah Dan Profesor Emeritus


Pegawai yang dilantik Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) ke perkhidmatan awam tidak lagi tertakluk dengan tapisan keselamatan untuk pengesahan pelantikan dan pengesahan dalam perkhidmatan.

Pegawai Perhubungan Awam Unit Perhubungan Korporat SPA Radziah Mohd Sharif berkata sehubungan itu, SPA telah membatalkan syarat tapisan keselamatan dalam surat tawaran yang dikeluarkan, berkuat kuasa serta-merta.

"Ia dibuat selaras dengan keputusan kerajaan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2011, yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam berkaitan Pindaan Pelaksanaan Tapisan Keselamatan Bagi Pegawai Yang Dilantik Dalam Perkhidmatan Awam berkuat kuasa 20 April 2011," katanya dalam satu kenyataan hari ini, lapor Bernama.

Bagaimanapun, beliau berkata pegawai terlibat masih perlu lulus tapisan keselamatan, sama ada sebelum atau setelah disahkan dalam perkhidmatan dan mereka yang tidak lulus boleh ditamatkan perkhidmatan, mengikut peraturan yang berkuat kuasa.

"Dengan pelaksanaan dasar baru ini, pengesahan dalam perkhidmatan boleh dibuat oleh SPA pada bila-bila masa sahaja apabila pegawai telah memenuhi syarat skim perkhidmatan serta syarat lain yang telah ditetapkan oleh kerajaan dari semasa ke semasa."

Radziah berkata sehubungan itu, Ketua Jabatan boleh menghantar perakuan pengesahan ke SPA tanpa perlu menunggu tapisan keselamatan.

Sebelum ini, senator Dr Syed Husin Ali mendakwa berlaku campurtangan polis cawangan khas (SB) dalam proses penapisan pelantikan pensyarah dan profesor emeritus.

Beliau mendakwa ia adalah satu gangguan oleh pihak berkuasa yang tiada kaitan dengan pentadbiran universiti,” katanya.
Syed Husin: SB tapis pelantikan pensyarah

Senator Dr Syed Husin Ali mendakwa berlaku campurtangan polis cawangan khas (SB) dalam proses penapisan pelantikan pensyarah dan profesor emeritus.

Beliau mendakwa ia adalah satu gangguan oleh pihak berkuasa yang tiada kaitan dengan pentadbiran universiti,” katanya.

Syed Husin (kiri), yang turut membangkitkan perkara itu dalam usul terima kasihnya kepada titah Yang di-Pertuan Agong semalam,

menambah, gangguan SB adalah lebih buruk dan lebih bahaya daripada campurtangan politik.

Pada suatu ketika dahulu, dakwanya, pelajar hanya diterima masuk ke universiti jika mendapat 'sijil kesesuaian' yang berasaskan kepada
laporan SB.

"Peraturan ini dilawan oleh mahasiswa dan akhirnya ditarik balik, katanya dalam satu sidang akhbar di Parlimen hari ini.

“Sekarang ini diketahui bahawa seseorang pemohon untuk menjadi pensyarah akan ditapis sebelum boleh diterima. Namanya dirujuk

kepada pihak keselamatan (biasanya SB). Hanya selepas dibersih atau diluluskan oleh SB, barulah tawaran jawatan dihantar kepadanya.

"Biasanya, hubungan dan pendirian politik pemohon itupun boleh menjadi alasan menyekat pelantikannya," kata Syed Husin.

Beliau juga mendakwa, SB turut campurtangan dalam pelantikan profesor emeritus.

Katanya, gelaran tersebut diberikan kepada seseorang yang telah berkhidmat selama tempoh tertentu di sesebuah universiti selepas bersara, atas dasar sumbangan dan kecemerlangannya dalam bidang akademik.

“Adalah diketahui bahawa ada kes di mana seorang bekas profesor terkenal tidak diberi gelaran profesor emeritus oleh sebuah universiti ulung kerana disekat oleh pihak SB. 

"Badan-badan akademik di universiti itu bersetuju menganugerahkan gelaran ini kepada bekas bekas profesor berkenaan.

“Tetapi, apabila sampai ke peringkat lembaga universiti, campurtangan SB berlaku. Maka tidak jadilah gelaran itu. -malaysiakini

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Isu Tapisan Keselamatan Pegawai Lantikan SPA - Pensyarah Dan Profesor Emeritus By Mohd Rohaizad. Published: 28.4.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...