CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Isu Telur Ayam Tiruan Palsu Di Pasaran Malaysia


Saya dapat tahu yang di Penang dikesan terdapat telur ayam yang tiruan atau palsu dengan maksud lain bukan tulen.. telur tiruan tersebut dipercayai mengandungi bahan kimia yang mampu memudaratkan si pemakannya.. Oleh itu, sila ya berhati-hati dengan barangan atau makanan yang mempunyai keraguan yang dijual di kedai runcit dan pasar raya agar tidak ada yang sakit atau mati akibat makan makanan yang boleh menjejaskan kesihatan manusia.

Sumber Bernama di GeorgeTown, Rupanya sebiji macam telur ayam tetapi rupa-rupanya ia telur ayam tiruan diperbuat daripada bahan kimia yang dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan dan dijual di pasaran terbuka di Pulau Pinang.

Telur palsu itu bersaiz lebih besar daripada telur ayam sebenar dan apabila dipecahkan ia tidak mempunyai pusat telur, tidak berbau, berkilat dan kasar, demikian menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang telah menerima aduan daripada pengguna yang membeli 30 biji telur tiruan itu pada harga RM11 di pasar Pulau Tikus di sini semalam.

Presiden CAP, S.M Mohamed Idris berkata, siasatan mendapati kulit telur palsu itu diperbuat daripada lilin parafin, serbuk gypsum dan kalsium karbonat manakala kuning telur dan putih telur menggunakan bahan daripada natrium alginat, alum, geletin, asid benzoik, kalsium klorida, air serta bahan pewarna makanan.

"Komponen bahan-bahan kimia ini boleh menjejaskan kesihatan pengguna seperti mengganggu metabolisme, otak, sel saraf serta menjejaskan fungsi hati,” katanya.

Maklumat Terkini:

Menurut sumber Bernama, dalang di sebalik telur tiruan akan dikenakan tindakan mengikut Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan juga akta lain yang mungkin berkaitan.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Tan Lian Hoe, berkata langkah itu bagi mengekang kegiatan tersebut daripada tersebar ke seluruh negara.

NONE"Pegawai kami masih di akar umbi bagi menyiasat perkara ini dan kami berharap dapat menahan dalang di sebalik kegiatan ini secepat mungkin kerana kita tidak mahu mengorbankan nyawa pengguna demi keuntungan mereka," katanya kepada pemberita, di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau ditemui selepas penyampaian cek bernilai RM10,000 sumbangan Wanita Gerakan kepada mangsa gempa bumi dan tsunami Jepun.

Tan turut meminta pengguna membuat laporan segera jika mengetahui kegiatan itu wujud di tempat mereka.

"Sebagai pengguna mereka patut tampil melaporkan kepada kementerian dan pada masa yang sama memboikot perniagaan seperti ini kerana ia tidak beretika," katanya.

Semalam, pegawai penguatkuasa kementerian itu merampas 270 biji telur tiruan daripada beberapa gerai di Pasar Pulau Tikus, Pulau Pinang susulan dakwaan telur tiruan dijual di situ.

Kemaskini: Jabatan Veterinar Sahkan Tiada Telur Tiruan Palsu Di Malaysia

Bernama di Putrajaya melaporkan yang Jabatan Veterinar hari ini mengesahkan tidak terdapat telur tiruan dijual di pasaran negara ini berdasarkan ujian pensampelan yang dibuat setakat ini.

Ketua Pengarah Veterinar Datuk Dr Abd Aziz Jamaluddin berkata sampel telur itu diambil dari pasar-pasar seluruh negara termasuk sebuah pasar di Pulau Tikus, Pulau Pinang yang didakwa menjual telur tiruan sepertimana laporan media minggu lalu.

"Keputusan awal yang diperolehi semua telur yang disampel ini adalah telur tulen. Bagaimanapun mana-mana pengguna atau persatuan pengguna yang mempunyai telur tiruan kita minta mereka serahkan kepada jabatan dan saya sanggup menyediakan ganjaran untuk maklumat ini," katanya kepada pemberita di sini.

Rabu lalu, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendedahkan pihaknya telah menerima aduan daripada pengguna yang membeli 30 biji telur tiruan pada harga RM11 di pasar Pulau Tikus.

Merujuk kepada kes itu, Abd Aziz berkata telur itu berkemungkinan adalah telur yang rosak atau bergred rendah yang tidak sepatutnya dijual kepada pengguna.

Beliau berkata bentuk yang agak berlainan tidak bermakna ia adalah telur tiruan, manakala jenis makanan atau antibiotik yang diberikan kepada ayam juga boleh menyebabkan telur itu sedikit berbeza.

Bagaimanapun, Makmal Kesihatan Awam di Salak Tinggi, Selangor akan menjalankan kajian terhadap telur-telur itu bagi memastikan kandungannya selamat dimakan, katanya.

Abd Aziz berkata untuk menghasilkan telur tiruan yang rupanya hampir sama dengan telur asli memerlukan kos yang begitu tinggi termasuk untuk penyelidikan yang baik, sedangkan telur tulen dijual dengan harga yang begitu rendah di negara ini iaitu sekitar 32 sen sebiji bagi gred terbaik (AA).

Beliau turut menolak kemungkinan telur tiruan itu dihasilkan di negara lain dan diimport ke negara ini kerana Malaysia tidak membenarkan pengimportan telur kecuali bagi tujuan pembiakan.

"Ini kerana telur yang dihasilkan di negara ini lebih dari keperluan rakyatnya iaitu 23 juta biji sehari," katanya.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Isu Telur Ayam Tiruan Palsu Di Pasaran Malaysia By Mohd Rohaizad. Published: 6.4.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...