CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Isu Tenaga Nuklear Di Malaysia: Lynas Hanya Ada Lesen Untuk Bina Kilang


Isu tenaga nuklear di Malaysia hangat diperdebatkan, ada positif dan negatifnya. Walaubagaimanapun, pendapat rakyat jangan diperlekehkan, jangan tunggu ada yang sakit akibat radiasi baru nak kalut cari jalan penyelesaian. Bagaimana pula dengan bahan buangan berasaskan dari nuklear? Adakah akan dibuang di Malaysia juga? Bahan-bahan ini memang akan menyebabkan tahap pencemaran menjadi lebih tinggi lagi jika perancangan yang rapi tidak ambil. Jalan penyelesaian yang terbaik ialah jangan guna tenaga nuklear lagi. Kita masih ada lagi sumber lain dan kemampuan untuk menggunakan tenaga yang lebih mesra alam.

Bernama melaporkan yang Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, menerusi Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (LPTA), telah mengeluarkan lesen penempatan tapak dan pembinaan, kepada Lynas (M) Sdn Bhd (Lynas) hanya untuk tujuan mendirikan kilang di Gebeng, Pahang

Lesen penempatan tapak dan pembinaan itu bagi tempoh sah bermula 19 September 2009 hingga 18 September 2011 

"Lesen tersebut dikeluarkan memandangkan aktiviti yang dijalankan oleh syarikat Lynas adalah selamat dan tidak membahayakan orang awam, pekerja dan alam sekitar," kata timbalan menterinya, Datuk Fadillah Yusof.
"Seterusnya penilaian lebih ketat akan dijalankan bagi pengeluaran lesen pengendalian untuk memastikan sisa yang dihasilkan kelak akan diuruskan dengan baik dan selamat, di samping memenuhi kriteria asal kertas cadangan yang telah dikemukakan.
"Lesen pengeluaran penuh pula tidak akan dikeluarkan jika pihak Lynas tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan," katanya ketika menjawab soalan Senator Mohammed Najeeb Abdullah di Dewan Negara hari ini.

Mohammed Najeeb ingin tahu sekiranya kementerian berkenaan berhasrat menarik balik kelulusan yang telah diberikan kepada Lynasuntuk membina kilang 'rare earth' di Gebeng, Pahang. 

Sehubungan itu, katanya, aktiviti yang dijalankan kilang pemprosesan nadir bumi adalah selamat dan tidak membahayakan manusia kerana tahap keradioaktifannya adalah jauh lebih rendah daripada loji janakuasa nuklear, kata Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Fadillah Yusof.

Katanya, loji janakuasa nuklear bertujuan menghasilkan kuasa elektrik dari bahan nuklear, sementara kilang pemprosesan nadir bumi bertujuan menghasilkan bahan logam jarang ditemui daripada sumber galian yang turut mengandungi bahan galian radioaktif semula jadi.

"Oleh itu, tahap keradioaktifan hasil sampingan dari kilang pemprosesan nadir bumi adalah jauh lebih rendah dan lebih kecil dari segi kuantiti serta keradioaktifannya, berbanding dengan hasil sampingan dari loji-loji janakuasa nuklear," katanya menjawab soalan Senator Mohammed Najeeb Abdullah di Dewan Negara hari ini.

Fadillah berkata kementerian itu menerusi Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (LPTA) telah mengeluarkan lesen penempatan tapak dan pembinaan bagi tempoh sah bermula 19 September 2009 hingga 18 September 2011 kepada Lynas hanya untuk tujuan mendirikan kilang.

"Lesen tersebut dikeluarkan memandangkan aktiviti yang dijalankan oleh syarikat Lynas adalah selamat dan tidak membahayakan orang awam, pekerja dan alam sekitar.

"Seterusnya penilaian lebih ketat akan dijalankan bagi pengeluaran lesen pengendalian untuk memastikan sisa yang dihasilkan kelak akan diuruskan dengan baik dan selamat, di samping memenuhi kriteria asal kertas cadangan yang telah dikemukakan.

"Lesen pengeluaran penuh pula tidak akan dikeluarkan jika pihak Lynas tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan," katanya.

Beliau berkata dengan proses nadir bumi, logam yang jarang ditemui dan amat diperlukan dalam bidang berteknologi tinggi itu mampu menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara, selain membolehkan bahan galian radioaktif semulajadi dipekatkan supaya lebih mudah diurus serta diasingkan daripada persekitaran alam untuk kesejahteraan manusia.

"Bahan logam yang dihasilkan melalui proses itu juga dianggap sebagai bahan strategik, terutama oleh negara-negara maju kerana ia sangat penting dalam penghasilan sistem teknologi tinggi," katanya.

Fadillah berkata kerajaan melalui Perbadanan Kuasa Nuklear Malaysia (MNPC) masih mengkaji keperluan tenaga nuklear sebagai salah satu pilihan tenaga elektrik khususnya di Semenanjung Malaysia.

"Setelah kajian dibuat secara keseluruhan dari segi saintifik, teknologi dan sosio ekonomi, maka ia akan dibawa ke Kabinet. Sekarang ini lebih kepada di peringkat kajian dan bukannya di peringkat membuat keputusan kerana dunia luar turut memberi perhatian dan melakukan kajian terhadap nuklear," katanya.



Dikemaskini: Tiada Radiasi Dari Loji Nadir Bumi - Lynas

Syarikat perlombongan gergasi Australia, Lynas Corporation Ltd tetap dengan keyakinannya bahawa orang awam akan berdepan dengan pendedahan radiasi "sifar" apabila loji nadir bumi miliknya beroperasi di Gebeng, Pahang.

Dalam dokumen bertarikh 23 Mac tahun ini - yang diberikan kepada Malaysiakini oleh wakil perhubungan awam Lynas, Ogilvy Worldwide - syarikat itu mendakwa, walau apa pun radiasi tambahan dari operasi loji tersebut, hanya akan dialami oleh pekerjanya, dan itupun pada tahap yang rendah sekali.

Memetik hasil Penilaian Impak Radiologi (RIA) yang dijalan dan dibentangkan oleh agensi nasional Nuklear Malaysia pada 2009, Lynas berkata simpanan bahan “sisa” atau produk sampingan operasi mereka ialah "selamat dan tidak menimbulkan risiko kepada orang awam".

"Bagaimanapun, Lynas telah mengambil langkah keselamatan tambahan dengan menempatkan sisa tersebut dalam sel simpanan kejuruteraan yang selamat, yang direka supaya tiada kemungkinan untuk berlaku kebocoran bahan ke persekitarannya,” kata syarikat itu dalam satu daripada tiga dokumen untuk menjelaskan mengenai projek tersebut.

Merujuk kepada laporan Nuklear Malaysia, syarikat itu berkata setiap orang menerima purata 2.4 millisieverts (mSv) radiasi dari persekitaran semula jadi mereka setiap tahun.

Lynas juga menyatakan bahawa "had pendedahan tambahan boleh diterima" ke atas orang awam adalah pada 1 mSv setahun dan 50 mSv setahun untuk pekerja - termasuk radiasi latar atau radiasi yang berlaku secara semulajadi dalam persekitaran.-Malaysiakini

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Isu Tenaga Nuklear Di Malaysia: Lynas Hanya Ada Lesen Untuk Bina Kilang By Mohd Rohaizad. Published: 20.4.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...