CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Jamuan Makan Ikan Patin RM13,000 Berpatutan Untuk 350 Orang Pelanggan




Bernama di Termeloh melaporkan yang seorang pelanggan yang dilaporkan membayar RM13,000 bagi makan tengah hari termasuk hidangan ikan patin di sebuah restoran di sini baru-baru ini, hari ini mengakui harga itu berpatutan kerana ia adalah untuk 350 orang dan bukannya 50 orang.

"Lagipun, ikan patin yang kami makan itu adalah dari sungai dan saya tahu ia memang mahal,” katanya di sini hari ini bagi menjelaskan mengenai tanggapan yang kurang tepat bahawa harga yang dikenakan itu tidak munasabah.
Pelanggan itu berkata, selain ikan patin, mereka juga makan udang galah dan ikan krai, sejenis ikan sungai yang harganya juga tinggi.

Menurut beliau, persepsi mengenai harga yang dianggap tidak munasabah itu timbul, mungkin kerana ada antara 350 orang yang turut makan pada hari itu tidak tahu nilai sebenar jenis-jenis ikan yang dihidangkan.

Dikemaskini: Restoran Kedai Makan Kini Wajid Pamer Harga Masakan Ikan Patin

Semua restoran, kedai makan dan gerai termasuk yang menjual masakan ikan patin diwajib mempamerkan senarai harga bagi memudahkan orang ramai dan pelanggan mengetahui harga makanan berkenaan.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepengunaan (KPDNKK) Cawangan Temerloh Othman Din berkata, tiada peniaga terkecuali daripada arahan itu walaupun ia berniaga di sebuah gerai kecil.

"Mereka yang menjual makanan yang sudah masak dan mentah serta barangan keperluan yang tidak mempamerkan tanda harga boleh diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga 2011.

"Jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan penalti tidak melebihi RM100,000 atau tidak melebihi tiga tahun penjara atau keduanya sekali," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Bagi kedai makan yang menjual masakan ikan patin, beliau berkata, mereka perlu mempamerkan dua harga berlainan.

"Satu harga ikan patin sungai iaitu patin muncung dan patin buah atau lain-lain jenis ikan sungai berharga, manakala satu lagi senarai harga patin sangkar,”kata Othman.


Beliau mengulas mengenai sebuah restoran di bandar Temerloh yang mengenakan bayaran RM13,000 kepada sekumpulan pelanggan yang menikmati hidangan masakan kampung termasuk ikan patin baru-baru ini. Beginilah keadaan di Malaysia.. selepas bangkit isu atau kes baru nak kelam-kabut ambil tindakan..

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Jamuan Makan Ikan Patin RM13,000 Berpatutan Untuk 350 Orang Pelanggan By Mohd Rohaizad. Published: 12.4.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...