CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Memuatkan ...

Jimmy Choo - Pereka Kasut Malaysia Ada Bakat


Pada pendapat saya, Datuk Jimmy Choo merupakan anak Malaysia yang paling berjaya dalam industri pembuatan kasut di peringkat antarabangsa.. cuma brand nama beliau sudah bukan milik beliau dan Malaysia tengah cuba membida balik untuk memiliki semula jenama Jimmy Choo.. Beliau berjasa besar dalam industri yang beliau minati ini sehinggakan ramai selebriti bertaraf antarabangsa seperti mediang Puteri Diana, Victoria Beckham, artis hollywood memakai kasut jenama Jimmy Choo.. saya respek Datuk Jimmy Choo yang cuba untuk membantu pereka kasut tempatan untuk berjaya dalam industri pembuatan kasut sehingga ke peringkat lebih tinggi. Syabas diucapkan!
Jimmy-Choo

Bernama memetik bahawa industri pembuatan kasut Malaysia, terutama yang membabitkan pereka muda tempatan kini kian menyerlah, kata pereka antarabangsa Profesor Datuk Dr Jimmy Choo.

Beliau berkata semakin ramai bakat baru membuat penampilan kerana mereka memiliki keinginan yang kuat dan sedia belajar.

"Dahulu, kita terpaksa mengambil ramai pereka luar dari pelbagai negara untuk bekerja di kilang kasut tempatan. Kini, kita ada pereka muda berbakat yang kembali ke tanah air untuk berbakti. Bagaimanapun, mereka perlu diberi peluang untuk berjaya," katanya pada sidang akhbar Isnin ini mengenai Festival Kasut Antarabangsa Malaysia 2011 yang berlangsung dari 7 hingga 10 April.

Choo berkata menerusi inisiatif bakat muda, rekaan kasut Malaysia kini bermutu tinggi berbanding 25 tahun lepas.

"Golongan muda mengelilingi dunia untuk melihat apa yang orang lain lakukan. Dahulu, mereka (pereka muda) sekadar menciplak idea orang lain, namun generasi kini berbeza. Mereka melancong dan belajar di luar begara, bekerja di pusat rekaan kasut serta berpengalaman. Mereka melihat pelbagai perkara dan kembali ke tanah air untuk menghasilkan rekaan tersendiri," katanya.

Choo berkata beliau akan berusaha membantu perkembangan industri kasut negara dengan membawa pereka dari United Kingdom (UK) ke Malaysia untuk dipertemukan dengan pereka tempatan.

"Mereka bertemu, saling menyemak dan bertukar fikiran selain bekerjasama," katanya.

Selain itu, Choo turut membiayai penuntut bagi mengikuti pengajian di International School of Creatives Art, UK, di mana beliau adalah Presiden Kehormat.

Beliau berkata penuntut terbabit juga akan diberi peluang bekerja di butik kasutnya di negara itu bagi membolehkan mereka menimba seberapa banyak pengalaman yang diperlukan.

Choo berkata selain pereka, industri kasut negara juga memerlukan pembuat kasut yang baik.

Beliau berkata Persatuan Pengeluar Kasut Malaysian (MFMA) bercadang membawa pembuat kasut tradisi ke negara ini bagi melatih pengeluar tempatan cara menghasilkan kasut buatan tangan.

"Bila anda tahu cara menghasilkan kasut buatan tangan, anda boleh membuatnya dengan mudah, gaya Malaysia. Namun, apa yang penting, pengetahuan asasnya mesti diperkukuh terlebih dahulu," katanya.

Kepada peminat yang ingin berjaya seperti beliau, Choo berkata ia bukan sesuatu yang mudah.

"Anda perlu bekerja keras serta bersedia menerima kritikan, membuat persembahan fesyen dan sebagainya. Bagaimanapun, jika saya boleh membantu mereka yang sanggup berbuat demikian dan berhasrat menyumbang kepada negara, tetapi tidak berkemampuan, saya akan membiayai mereka untuk belajar di UK. Saya dan butik saya juga ada di sana," katanya.

Sementara itu, Presiden MFMA Tony Ting berkata Festival Kasut Antarabangsa Malaysia 2011 merupakan landasan yang sesuai bagi mendidik orang ramai mengenai industri kasut.

Beliau berkata terdapat satu slot mengenai proses pembuatan kasut bagi menunjukkan kepada pengunjung bagaimana sepasang kasut dihasilkan.

"Kami mahu mendidik generasi muda mengenai potensi rekaan kasut dan cara menjadikannya lebih menarik, dan kadangkala amat berjaya.

"Kita ada banyak jenama pereka tanah air yang berjaya dan mereka semua akan pulang untuk menyokong festival ini.

"Selain itu, kami juga akan mendedahkan kepada ibu bapa pelajar bahawa rekaan kasut mampu menjadi satu perniagaan besar...disebabkan industri hiburan ketika ini...kita sememangnya kekurangan pereka yang bagus. Mereka seperti tidak mempunyai pelapis, jadi, kami mengharapkan kemunculan lebih ramai pereka muda yang berbakat.

"Selain itu, kami juga mahu mereka tahu bahawa industri ini akan sentiasa menyokong mereka," katanya.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Jimmy Choo - Pereka Kasut Malaysia Ada Bakat By Mohd Rohaizad. Published: 5.4.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...