CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Kes Altantuya Shaariibuu: Kolonel Azmi Zainal Abidin Digantung Tugas


Raja Petra buat hal lagi.. kenyataan beliau telah menyebabkan seorang pegawai tentera berpangkat kolonel iaitu Azmi Zainal Abidin digantung tugas serta-merta untuk siasatan lebih lanjut kerana berperanan dalam menghalang Najib Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia.. Panas..
 
Kementerian Pertahanan hari ini mengesahkan tugas-tugas rasmi Kol Azmi Zainal Abidin digantung berikutan pendedahan penulis blog Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin bahawa pegawai kanan tentera itu membekalkannya dengan maklumat berhubung pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

najib rosmah and altantuya murder caseMenurut laporan Bernama yang memetik Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Azizan Ariffin berkata pihak tentera sedang menyiasat penglibatan pegawai itu.

"Maklumat yang disampaikan pegawai tersebut kepada penulis blog Raja Petra Kamarudin adalah palsu dan maklumat itu tidak pernah wujud dalam simpanan pihak tentera," katanya.

Menurut Azizan siasatan pihak tentera mendapati bahawa tindakan pegawai itu melibatkan diri dengan seorang pemimpin pembangkang adalah bersifat peribadi dan tidak mempunyai kaitan dengan ATM.

Beliau berkata siasatan terhadap dakwaan oleh Raja Petra yang dilaporkan akan dilaksanakan dengan secepat mungkin dan sebuah Lembaga Siasatan akan ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan itu.

NONE"Hasil siasatan akan dijadikan asas terhadap tindakan yang akan diambil oleh ATM," kata Azizan.

Kol Azmi adalah orang kedua dalam unit cawangan khas ATM pada tahun 2008 sebelum dipindahkan ke cabang lain. Beliau kini bertugas di Markas Tentera Darat.

Dalam satu temu bual bersama TV3 kelmarin, Raja Petra mendakwa beliau tidak pernah menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak atau isterinya terbabit dalam kes pembunuhan Altantuya.

Beliau berkata kenyataan bersumpahnya sebelum ini hanya merujuk kepada maklumat yang diperolehi bersabit laporan risikan ATM itu yang memerlukan siasatan lanjut.

Dalam wawancara dengan stesen telivisyen pro-Umno itu, Raja Petra berkata dua individu yang pernah bekerja untuk Tengku Razaleigh Hamzah mengesahkan dokumen itu wujud dan mahu beliau mendedahkanya.

Raja Petra semalam dalam blognya berkata beliau memberikan wawancara kepada TV3 bersabit isu itu kerana mahu menarik perhatian pihak berkuasa untuk menyiasat Kol Azmi dan pihak lain yang terlibat bersabit dokumen itu.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Kes Altantuya Shaariibuu: Kolonel Azmi Zainal Abidin Digantung Tugas By Mohd Rohaizad. Published: 15.4.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...