CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Kini Bekas Pesara Tentera Askar Boleh Menyertai Polis PDRM


Berita baik untuk bekas tentera yang mereka kini layak untuk menjadi polis apabila tamatnya perkhidmatan mereka dalam tentera. Latihan yang diberikan turut pendek dan sudah tentu banyak faedah yang bakal mereka perolehi selepas ini. Walaubagaimanapun, saya berharap benar yang bekas tentera yang bakal menjadi polis jalankanlah amanah dan tanggungjawab yang diberikan dengan baik dan jangan amalkan rasuah seperti segelintir dikalangan yang terlibat.
 
Menurut laporan Bernama, kerajaan memberikan dua kelonggaran kenaikan pangkat dan tempoh latihan yang dipendekkan kepada bekas anggota tentera yang menyertai pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata dua kelonggaran itu diberi untuk menarik lebih ramai bekas anggota tentera menyertai pasukan polis. 
 
Tempoh latihan dipendekkan kepada hanya tiga bulan berbanding pelatih lain yang perlu menjalani latihan antara enam hingga sembilan bulan manakala bekas anggota tentera berpangkat sarjan pula layak diberi kenaikan pangkat daripada konstabel kepada sarjan selepas disahkan jawatan dan lulus peperiksaan khas undang-undang rendah jabatan, katanya. 
 
"Ini adalah selaras dengan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan supaya bekas tentera dapat menyumbangkan tenaga untuk sama-sama mencegah jenayah, menjaga keselamatan dan ketenteraman negara," katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Negara di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Senator Ahamat@Ahamad Yusop mengenai rasional cadangan penyerapan pesara tentera ke dalam pasukan polis dan bagaimana prosedur dan pendekatan penyerapan itu akan dilaksanakan.

Hishammuddin berkata, sejak pengambilan fasa pertama dilaksanakan Januari lepas, seramai 101 bekas tentera diambil dan dilantik sebagai konstabel dan konstabel sokongan dan mereka kini menjalani latihan asas kepolisan di Pusat Latihan Polis, Kuala Kubu Bharu, Selangor.

Beliau berkata, kesemua mereka dipilih selepas lulus syarat kelayakan menyertai pasukan polis, berumur di bawah 45 tahun, serta sudah berkhidmat dalam tentera sekurang-kurangnya untuk tempoh 10 tahun.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Kini Bekas Pesara Tentera Askar Boleh Menyertai Polis PDRM By Mohd Rohaizad. Published: 18.4.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...