CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Klip Video Alyah Bersama Remy Ishak - Kisah Hati





Mengancam juga tengok klip video terbaru berkenaan lagu Kisah Hati yang dinyanyikan oleh Alyah. Remy Ishak turut digandingkan dalam video tersebut dan ternyata memberi impak yang mendalam kepada para penonton jika melihatnya.

Masanya kini sudah tiba untuk anda menjadi individu pertama yang menonton klip video penyanyi popular Alyah bertajuk Kisah Hati yang menyaksikan gandingan istimewa bersama jejaka idaman Malaya, Remy Ishak.

Buat pertama kalinya, Alyah akan berkongsi saat indah ini bersama-sama pembaca setia portal hiburan murai.com.my dan juga beberapa laman web stesen radio terkemuka tempatan seperti Radio Era, Hot FM dan Suria.

Saksikan sendiri saat manis, hiba lagi syahdu ketika Alyah dirangkul Remy bersaksikan kedinginan angin bayu Empangan Tasik Timah Tasoh, Perlis dan juga di beberapa lokasi romantik tidak terjangkau di negeri Indera Kayangan berkenaan.

Indahnya visual artistik yang dirakamkan oleh jurukamera professional Wong Chun Hung telah melengkapkan lagi persona memikat klip video yang diarahkan sepenuhnya Ghaz Abu Bakar.

Bukan sekadar klip video biasa, pengalaman tontonan juga pastinya lebih bergaya dengan kesan drama yang disimbahkan pada beberapa persalinan rekaan istimewa daripada pereka fesyen popular, Rizman Ruzaini dan Amir Luqman.

Saksikan juga sentuhan ajaib jurusolek Bosco Ryzarl yang banyak membantu memperindahkan lagi penampilan Alyah dengan dorongan jurugaya semakin meningkat naik Yanna Husin.

Jadi apa tunggu lagi. Jadilahlah penonton pertama yang menyaksikan klip video istimewa ini sebelum ianya turut ditayangkan di saluran Astro Ria (saluran 104) pada 24 April ini jam 5.30 petang. Sekali menonton, pasti terpesona.-Murai



Kisah Lain Berkenaan Alyah Yang Berani Dan Ranggi Berfesyen

Keberanian Alyah untuk muncul dengan gaya yang lebih ranggi walaupun kadang-kadang kelihatan agak pelik dan luar biasa mula menunjukkan hasil.Ini ditambah pula dengan populariti lagu nyanyiannya, Tak Mungkin Kerana Sayang membuatkan dia menjadi antara penyanyi wanita yang menjadi sebutan ketika ini.

Kini, selepas 10 tahun pembabitannya dalam dunia seni, penyanyi yang menerima jolokan Lady Gaga Malaysia, diangkat peminat sehingga mampu meletakkan namanya dalam senarai pencalonan akhir Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010 bagi kategori Penyanyi Wanita Popular.

Meskipun masih terkejut dengan pencalonannya itu, namun bagi Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hassan menganggap kuasa undian peminat mampu membawanya ke mercu yang diimpikannya selama ini walaupun tidak meletakkan sebarang harapan terhadap anugerah terbabit.

Malah, Alyah tidak menyangka selama pembabitannya dalam industri hiburan bukan saja dihargai peminat bahkan terharu dengan sokongan dan penghargaan yang diberikan peminat kepadanya.

Bukan menang yang diharapkannya tetapi cukup sekadar tersenarai dalam pencalonan akhir meskipun menganggap dirinya masih baru dalam industri terbabit, namun dengan adanya sokongan daripada peminat, Alyah kini mampu berdiri sebaris dengan artis-artis lain.

“Memang terkejut dan tak sangka nama saya tercalon. Itupun selepas saya terbaca akhbar Berita Harian. Apapun saya bersyukur sangat sebab masih ada peminat yang menghargai kerjaya seni dan bakat saya. Menang atau kalah itu tak penting, yang penting tercalon dalam Top 5 sudah memadai bagi saya,” katanya.

Alyah yang baru selesai menyiapkan single keduanya berjudul Kisah Hati mendakwa meskipun kurang menyerlah berbanding penyanyi lain, namun dia berpegang kepada prinsip setiap karya yang dihasilkan mempunyai nilai dan peminatnya tersendiri.

Bahkan, dia tidak pernah mengalah dalam bidang yang diceburinya meskipun terdapat saingan sengit dan sukar memuaskan hati peminat muzik tempatan.

Malah, kehadirannya dalam bidang hiburan sedikit sebanyak mewarnai dunia seni tempatan walaupun mengakui agak sukar untuk menembusi pasaran tempatan dek kerana terlalu ramai penyanyi baru muncul mencuri perhatian.

“Memang sukar untuk mendapat tempat di pasaran tempatan tetapi apa salahnya kalau kita berusaha dan mencuba.

“Selama sepuluh tahun saya terjun dalam bidang ini, baru kini dihargai tetapi saya bersyukur sangat penantian saya selama ini akhirnya berhasil walaupun hanya tercalon dalam senarai akhir calon Penyanyi Wanita Popular dalam ABPBH2010.

“Ini bukti menunjukkan bakat saya dihargai dan diminati peminat meskipun saya tidak memenangi sebarang anugerah tetapi saya tetap berpuas hati dengan apa yang peminat berikan kepada saya,” katanya.-Murai

Kisah Hati Sudah Ke Udara

Meskipun sibuk dengan album terbarunya yang dijangka akan berada di pasaran tahun ini, namun Alyah masih mampu meluangkan masa bersama peminat bagi mengurangkan tekanan dengan kesibukan tugas.

Malah dengan pembabitannya dalam program yang dianjurkan pihak media seperti siri jelajah mampu
mendekatkan dirinya dengan peminat, bahkan mampu menaikkan namanya di persada seni hiburan tempatan.

Walaupun dianggap kurang menyerlah, namun Alyah tetap meletakkan harapan agar single terbarunya itu mendapat tempat di hati peminat setelah diputarkan di stesen radio tempatan. 

“Single kedua berjudul Kisah Hati akan diputarkan di radio dalam masa terdekat ini selepas single pertama berjudul Kau Bisu keluar.

“InsyaAllah album terbaru saya akan berada di pasaran tahun ini atau awal tahun depan selepas enam lagu-lagu saya digabungkan dalam satu album nanti,” katanya.

Malah, album terbarunya itu turut mendapat sentuhan komposer-komposer terkenal tanah air seperti Julfekar, Azlan Abu Hassan, Omar K, dan 6ixth Sense bagi menampilkan kelainan dan perubahan.

Apapun bagi Alyah, album terbarunya itu akan menampilkan kelainan dari segi susunan lagu dan muzik bagi menampakkan pembaharuan serta akan menyerlahkan lagi dirinya.

Lirik Lagu Alyah - Kisah Hati (Komposer: Manusia Putih)


Hatiku hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu
Hanya sempurnakan aku
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin tidak bersama
Hadir di angkasana
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin tidak bersama
Biar ku setia menjaga cintamu
Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Klip Video Alyah Bersama Remy Ishak  - Kisah Hati By Mohd Rohaizad. Published: 22.4.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...