CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Klip Video Dakwaan BN Beli Undi Pos Pilihan Raya Sarawak 2011


Kenapa ya BN dan SPR seperti tidak jujur dalam pilihan raya negeri Sarawak? Ini klip video yang berjaya dirakamkan di tempat kejadian.. bagaimana pula yang tidak dirakamkan.. sudah tentu banyak lagi keraguan.. sebab itu ramai yang tidak berani persoalkan terutamanya pengundi-pengundi pos.. Aduh.. SPR perlu mencari jalan penyelesaian agar isu ini tidak menimbulkan keraguan dan dipersoalkan oleh pihak yang bertanding.. Mesti jujur dan amanah.. Ke kita perlukan CCTV 24jam sambil diperhatikan oleh kedua-dua belah pihak yang bertanding?
DAP hari ini mendedahkan dakwaan pembelian undi pos dengan menayangkan klip video yang dirakamkan oleh seorang ejen mengundi DAP, dan mengenalpasti lelaki yang terlibat.

NONEBercakap dalam satu sidang akhbar di Sibu, calon DAP DUN Bukit
Assek, Wong Ho Leng mendakwa lelaki dalam klip video itu ialah satu pegawai kesihatan Majlis Perbandaran Sibu (SMC), bernama Wong.

Ho Leng juga berkata empat orang wanita yang dirakam dalam video itu ialah guru yang ditugaskan sebagai petugas pilihan raya.

"Saya mahu presiden SMC, Tiong Thai; timbalan presiden, Daniel Ngien serta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi penjelasan," katanya.

Menurutnya, mereka perlu menjelaskan mengapa seorang pegawai kesihatan boleh berada dalam kawasan larangan.

NONE"Saya tahu ramai, ramai guru menjual undi mereka, mereka tidak mengundi sendiri, tetapi mereka tak berani nak cakap mengenainya," tambahnya.

Klip video selama satu minit dan 32 saat itu, dirakamkan semalam antara jam 12 tengahari hingga 1 tengahari di Wisma Sanyan di kawasan anak tangga antara tingkat 21 dan 22 , tempat pengundi pos mengundi pada hari Rabu.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Klip Video Dakwaan BN Beli Undi Pos Pilihan Raya Sarawak 2011 By Mohd Rohaizad. Published: 14.4.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...