CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Kontroversi Rozita Che Wan Janda Meletup Dengan Gosip Panas


Nama Rozita Che Wan tidak asing lagi.. Janda meletup yang panas dengan gosip-gosip yang memanaskan industri seni kita.. Cun la Rozita walaupun dah berumur.. hehehe..

Sejak berkecimpung dalam industri hiburan tanah air, pemilik nama Rozita Che Wan tidak pernah lekang dengan gosip mahupun kisah-kisah kontroversi. Tidak keterlaluan jika dikatakan, kisah kontroversinya lebih menyerlah berbanding karier lakonannya.

Antara kisah-kisah panas yang pernah menjengah janda meletup ini ialah gosip cintanya dengan kerabat diraja, berkahwin dengan VIP, bercinta dengan pemain bola sepak dan terbaru dengan pelantun lagu, Kebahagiaan Dalam Perpisahan, Shahir.

“Itu hak masing-masing untuk menulis. Selagi tak ada bukti, saya tak ada masalah dengan benda itu. Sebagai selebriti, memang kami sentiasa terdedah dengan gosip. Namun, gosip itu belum tentu ada kebenarannya. Mungkin status saya sebagai ibu tunggal agaknya yang membuatkan orang tidak henti bercakap pasal saya.

“Selagi ada orang yang suka bercerita tentang orang lain, selagi itu benda ini tak habis. Malah, sebelum jadi artis pun, saya sendiri akui saya pun suka tengok bahagian gosip. Benda-benda dalam ni la yang lagi kita nak baca. Walaubagaimanapun, saya akui, saya dah lali dengan perkara ini,” ujar Rozita ketika ditemui di Restoran Bunga Emas, The Royale Chulan, petang tadi.

Dalam pada namanya dikaitkan dengan Shahir, pelakon ini khabarnya akan berlakon bersama dengan penyanyi muda tersebut dalam sebuah telemovie yang bakal disiarkan di Astro tidak lama lagi.

“Kami akan berlakon bersama dalam telemovie berjudul, ‘Summer Camp’. Setakat ini memang tak ada masalah untuk berlakon dengan dia,” katanya sambil menolak dakwaan kononnya menerima tawaran ini kerana gosipnya dengan Shahir sedang hangat sekarang.

“Bila dapat tawaran berlakon, saya tak akan tanya siapa hero, kerana bagi saya itu tidak penting. Apa yang penting, saya akan tanya mengenai karakter saya saja. Saya seorang yang profesional dan tidak kisah berlakon dengan siapa saja. Lagipun dia bukan orang pertama yang kena gosip dengan saya.”

Apabila diusik sejauh mana rapatnya hubungan dia dengan Shahir, Rozita yang manis berkebaya labuh hanya tersenyum sambil menjawab ringkas, “Tak ada apa-apa.”

Tidak puas hati dengan jawapannya, Rozita ditebak pula dengan soalan lain iaitu adakah hatinya kini sudah dimiliki oleh lelaki lain. Tidak melenting dengan soalan yang diajukan, pelakon yang terkenal dengan bulu mata palsu ini memberitahu belum ada sesiapa lagi dalam hidupnya sekarang.

“Saya tak ada sesiapa buat masa ini. Mana tidaknya, asyik ‘shooting’ dari pagi sampai lewat pagi saja, tak ada masa dan tak sempat pun nak fikir tentang hal ini. Mengenai soal berumahtangga, saya belum bersedia rasanya. Lagipun, setakat ini tak ada pasangan lagi sebab itu tak fikir lagi pasal kahwin.”

Selepas tidak jadi bersara, nampaknya rezeki Rozita dalam bidang lakonan kini semakin melimpah ruah. Baru saja tamat penggambaran telemovie berjudul ‘Titian Kabur’, Rozita kini bakal sibuk menjalani beberapa penggambaran drama dan telemovie seperti ‘Sajuntai’ untuk slot Lagenda TV3, drama 15 episod, ‘Memori Semalam’ dan telemovie untuk Astro.

Dalam pada rezekinya semakin lebat, muncul pula cerita tidak enak kononnya pelakon filem ‘4 Madu’ ini dikatakan bersikap ‘demand’ mengenai soal bayaran.

“Nak kata ‘demand’ itu tidak. Saya sudah berpengalaman hampir lima tahun dalam bidang ini, jadi ini masanya saya meletakkan sedikit harga. Bagi saya, ini bukan ‘demand’,” ujarnya mengakhiri perbualan. -Gua

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Kontroversi Rozita Che Wan Janda Meletup Dengan Gosip Panas By Mohd Rohaizad. Published: 14.4.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...