CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

KRU TV & tonton.com.my Beri Kebebasan Untuk Berkarya Seni


Tahniah diucapkan diatas kejayaan KRU dalam menerbitkan filem, drama, lagu dan terkini KRU TV! Wah.. semakin ligat KRU meluaskan empayar perniagaan seni mereka.. memang merupakan anak Melayu yang boleh dibanggakan.. Diharap ada pihak yang selama ini sukar untuk berkarya kerana banyak karenah birokrasi di stesen TV yang lain boleh la join KRU TV agar karya-karya mereka lebih berkualiti dan tidak hanya mengejar slot dan masa yang terhad seperti di stesen TV yang lain..

Dalam tempoh tiga bulan KRU TV disiarkan di Tonton, respon pelayar sangat positif. Saluran tersebut berada di kedudukan kelima senarai saluran paling popular selepas saluran TV3, TV9, 8TV dan NTV7. Impak daripada itu memberi sinar baru kepada KRU untuk meneruskan empayar mereka dalam industri hiburan setelah berjaya di medium televisyen, muzik dan filem.

Norman Abdul Halim selaku Presiden Eksekutif KRU Media Sdn. Bhd. berkata “Media baru seperti yang dipelopori Tonton adalah masa depan penyiaran. Tonton membuka ruang baru kepada penerbit progam untuk berkarya tanpa batasan. Bermakna kami turut membuka pintu kami untuk didekati oleh pelanggan menerusi konsert dan sebagainya.”

Dengan sinergi baru yang berlokasi di Cyberjaya, KRU berkeupayaan untuk menerbitkan program-program berkualiti secara eksklusif untuk medium baru seperti ini.

“Televisyen tidak dapat beri kami kebebasan untuk berkarya kerana beberapa sekatan. Mereka ada kekangan mereka yang tersendiri. Slot masa yang disediakan oleh stesen televisyen sangat terhad contohnya. Walaupun kami ada keupayaan untuk menerbitkan 300 jam program yang berkualiti untuk mereka setahun.”

Program-program terbitan KRU mensasarkan golongan belia berusia 18 hingga 35 tahun dan kebanyakan program yang diterbitkan KRU untuk platform Tonton mensasarkan penggemar hiburan Malaysia dan Indonesia. Dengan lebih 1.4 juta pelanggan yang mendaftar dengan Tonton, peluang pengiklanan akan terbuka lebih luas lagi.

“Tonton sangat intelligent! Mereka boleh tahu siapa yang mendaftar dari segi demografiknya. Ini merupakan maklumat penting untuk pengiklan. Mereka mahu tahu dengan siapa mereka mahu berinteraksi secara dekat untuk produk-produk mereka.”

“Buat masa ini itulah sasaran kami dan sedikit demi sedikit kami akan berusaha untuk menerbitkan program dalam Bahasa Inggeris agar skop pasaran akan menjadi lebih besar lagi.” tambah Norman lagi.

Mulai Julai depan, KRU akan menerbitkan lebih banyak program menarik dengan pelaburan yang cukup besar. Dianggarkan RM1 juta dilaburkan oleh KRU bagi menerbitkan program-program berkualiti untuk saluran KRU TV di platform Tonton.

Semuanya boleh anda tonton di Saluran KRU TV di www.tonton.com.my

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

KRU TV & tonton.com.my  Beri Kebebasan Untuk Berkarya Seni By Mohd Rohaizad. Published: 13.4.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...