CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Lahir Anak Kembar Nash Idrus & Sazzy Falak - Iman Lilly & Tiara Rose




Tahniah  kami peminat ucapkan buat pasangan Nazril Idrus dan Sazzy Falak yang menerima kehadiran sepasang cahaya mata hari ini.

Pelakon dan pengacara popular, Sazzy Falak, 30 telah selamat melahirkan bayi kembar perempuan dengan cara pembedahan, bayi kembar perempuan yang diberikan nama Iman Lilly & Tiara Rose itu dilahirkan pukul 8.25 pagi tadi di Prince Court Medical Centre, Kuala Lumpur. Berita gembira itu diumumkan Nash menerusi akaun Twitternya sebentar tadi.

@Nash_IdrusLVG Alhamdulillah TQ Allah for sending @SazzyFalakCLPT & I, Two beautiful babies Iman Lilly & Tiara Rose, born 28th April 2011. Amin

Dua bayi comel seberat 2 kilogram itu, telah diberikan nama Iman Lilly Nazril dan Tiara Rose Nazril. Masing-masingt berada dalam keadaan yang sihat dan sempurna.

Suami Sazzy Falak, Nazril ketika dihubungi berkata, dia sesungguhnya amat gembira dengan kelahiran tersebut, apatah lagi kini semuanya berjalan dengan selamat tanpa sebarang komplikasi.

"Syukur Alhamdulillah, semuanya telah selamat. Tak sangka pula proses kelahiran itu berjalan begitu pantas dan dalam sekelip mata saja, saya telah dapat melihat kedua-dua mereka dilahirkan.

"Sebagai seorang suami, saya amat teruja bila dapat melihat sendiri proses kelahiran berkenaan kerana saya telah berada di sisi Sazzy sambil mengenggam tangannya. Tentunya saya rasa terharu dan sebak dengan kelahiran ini.

"Memang pada awalnya Sazzy sepatutnya melahirkan secara normal, tapi memandangkan keadaan Tiara (bayi ke-2) berada dalam keadaan songsang, jadi dokor mengatakan tidak ada pilihan lain selain daripada melakukannya secara pembedahan," kata yang akan mengambil cuti selama sebulan.

Sazzy Falak telah dimasukan ke hospital malam semalam. Bagaimanapun hanya pada jam 8.24 pagi tadi bayi pertamanya telah selamat dilahirkan, diikuti bayi kedua yang menyusuri seminit selepas itu.

Nazril berkata, meskipun sudah ada keluarga terdekat yang datang mengunjungi mereka di hospital sejak pagi tadi, Sazzy Falak bagaimanapun masih berada dalam keadaan lemah.

Tambah pengacara TV dan usahawan muda itu juga, Sazzy bersama-sama kembarnya itu hanya akan dibenarkan keluar dari hospital pada Ahad ini.

"Segala persiapan sudahpun dibuat. Sazzy dan kembar kami akan berada di bawah penjagaan ibu Sazzy di kediaman keluarganya di Ampang sepanjang tempoh berpantang. Dalam tempoh bercuti ini juga, saya juga akan meluangkan bersama mereka.

"Insya Allah kalau tak ada aral melintang, kami akan mengadakan sebuah majlis aqiqah serta doa kesyukuran dalam masa seminggu dua ini di rumah keluarga Sazzy.

"Inilah peluangnya untuk pihak media bertemu dengan kembar ini dan juga ibunya. Kami juga bercadang untuk mengadakan sebuah sesi fotografi bersama-sama mereka, khusus untuk tatapan pihak media, peminat dan juga rakan taulan," katanya


Lebih menggembirakan pasangan itu apabila bayi kembar itu lahir pada hari yang sama dengan tarikh lahir bapa mereka, Nazril Idrus. "Selamat Ulangtahun yang ke 37" kami ucapkan kepada Nash!

Pasangan Nash & Sazzy berkahwin pada 8 November 2006.-mangga/murai

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Lahir Anak Kembar Nash Idrus & Sazzy Falak - Iman Lilly & Tiara Rose By Mohd Rohaizad. Published: 28.4.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...