CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Lisa Surihani Dan Yusry KRU Sedang Dilamun Cinta?


 
Siapa tidak kenal atres baru yang jelita, cantik, menarik dan mempunyai pakej yang lengkap serta mampu menarik orang yang terpandang Lisa Surihani. Beliau jarang dikaitkan dengan mana-mana lelaki sebelum ini, jika ada pun ia hanya sekadar khabar angin biasa dan hanya dianggap sebagai kawan rapat, contohnya dengan aktor popular Shaheizy Sam. Tapi kali ini kedengaran beliau sedang bercinta denga Yusry KRU, betul ke?
 
Hilang kisah tersebut, terbaru Lisa Surihani dikatakan mempunyai hubungan istimewa bersama duda kacak dan popular, Yusry KRU.

Hubungan Lisa Surihani dan Yusry KRU, dikatakan semakin intim dan pernah dilihat menonton filem Seru di pawagam bersama-sama baru-baru ini. Malah, ada juga mata yang melihat Yusry dan Lisa berpegangan tangan bagi meredakan ketakutan aktres itu sewaktu menyaksikan filem bergenre seram itu.

Bahkan Lisa Surihani juga pernah dilihat kelihatan di majlis kelolaan adik-beradik popular KRU itu. Semua itu telah menimbulkan spekulasi atau gosip yang mengatakan mereka kini sedang bercinta?

Berpeluang bertemu dengan bintang utama filem Lagenda Budak Setan itu, di majlis pratonton trailer filem Ombak Rindu, baru-baru ini, Lisa Surihani sempat ditanya mengenai isu tersebut.

Tersenyum manis kata Lisa sememangnya antaranya dan Yusry KRU baru dalam fasa saling mengenali dan berkawan.

"Memang saya akui baru mengenali dan berkawan dengan Yusry. Saya baru kenal dia dalam tempoh lebih sebulan dan saling berhubungan menerusi Blackberry Messenger (BBM).

"Saya senang berkawan dengannya kerana kita boleh sama-sama berborak atau berbicara mengenai pelbagai cerita. Tapi, sama ada antara kami ada sesuatu yang lebih atau tak, saya sendiri tak tau nak cakap kerana kami baru berkawan," katanya kepada murai.

Menyentuh mengenai isu Yusry memegang tangannya sewaktu menyaksikan filem seram tempohari, jelas aktres berusia 25 tahun ini, semua itu berlaku secara spontan.

"Kami tengok sama-sama filem itu. Saya ini jenis penakut dan cerita itu memang menyeramkan. Jadi apabila ada adegan yang menakutkan saya menjerit dan dia telah memegang lengan saya untuk menenangkan saya," tuturnya lagi.

Enggan menafsirkan ke mana hala tuju mereka lagi, bagi Lisa, perjalanan seninya menjadi fokus kini. Namun, dia mengakui sikap matang dan terbuka Yusry membuatkan dia selesa untuk berdampingan dengannya.

"Yusry bijak, sopan, dan apabila kita bersembang dengan dia, kita dpat lihat dia mempunyai visi dan misi sendiri. Itu membuatkn saya hormati dia dan senang dengannya," jelasnya.-murai

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Lisa Surihani Dan Yusry KRU Sedang Dilamun Cinta? By Mohd Rohaizad. Published: 25.4.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...