CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Maharaja Lawak Minggu Ke-3: Undian Terkini, WAI, XN3 Dan R2 Tersingkir


Undian terkini dalam episod ke-3 Maharaja Lawak menunjukkan yang Nabil tempat pertama, Jozan tempat kedua, dan Sepah tempat ketiga dalam undian oleh penonton. Sememangnya mereka yang teratas mempunyai lawak yang best berdasarkan tontonon dan gelak ketawa oleh para penonton. Walaubagaimanpun, masih terdapat pelawak-pelawak yang membuat lawak tidak menjadi dan ada kala seperti sambil lewa, adakah mungkin ada yang hilang semangat dan moral?

Minggu ketiga Maharaja Lawak yang telah berlangsung di Studio Finas, Jumaat lalu telah menyaksikan penyingkiran tiga peserta sekaligus iaitu kumpulan WAI, XN3 dan R2.

Terdahulu, WAI yang dianggotai oleh Kechik RL(Safuan Madeaming dan Mohd Ilham Rusdy )dan Idlan RL (Khairul Idlan) serta kumpulan XN3 ( Mohd Fadhil Mohd Nasir dan Norazhar Buyong) telah mendapat undian terendah pada persembahan minggu lalu. Jadi mereka diumumkan sebagai antara peserta yang tersingkir pada awal siaran sebelum pertandingan bermula.

Manakala, kumpulan R2 yang dianggotai oleh pasangan adik-beradik Ridhzuan Mat Ali dan Rahim Mat Ali pula telah diumumkan sebagai peserta yang mendapat undian terendah pada malam tersebut.

Kata Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani, biarpun penyingkiran tersebut dibuat berdasarkan markah undian iaitu 50 peratus daripada undian penonton dan dari pihak juri dan 50 peratus lagi daripada pihak juri, namun pihak juri sebenarnya mempunyai hak untuk menahan mana-mana peserta daripada tersingkir.

"Senang cakap, kami telah memberi kuasa imuniti kepada pihak juri untuk menyelamatkan seorang peserta daripada tersingkir dalam mana-mana minggu yang mereka mahu. Namun begitu, kelebihan itu hanya diberikan sekali sahaja dan setakat ini, pihak juri tidak lagi mengunakan imuniti tersebut," jelasnya selepas program Maharaja Lawak berlangsung.

Barisan juri penmgkritik Maharaja Lawak dibarisi oleh Ahmad Idham, Mamat Khali dan Saiful Apek.
Program Maharaja Lawak telah berlangsung di Studio Finas, Hulu Klang dan ia disiarkan secara langsung di Astro Warna (saluran 132).

Peratusan Undian:
  1. Nabil- 56%
  2. Jozan- 55%
  3. Sepah- 51%
  4. Man- 48%
  5. Jambu- 45%
  6. Alex- 44%
  7. Balas- 32%
  8. Amir- 32%
  9. Jihan- 32%
  10. R2- 25%

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Maharaja Lawak Minggu Ke-3: Undian Terkini, WAI, XN3 Dan R2 Tersingkir By Mohd Rohaizad. Published: 18.4.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...