CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Maharaja Lawak Minggu Ke-5: Undian Terkini Jihan Akan Tersingkir Besok?



Maharaja Lawak minggu ke-5, berdasarkan undian terkini sering kali Jihan mendapat undian yang rendah. Adakah Jihan akan tersingkir besok? Jihan merupakan satu-satunya yang mewakili kaum wanita dalam rancangan realiti lawak tersebut. Jangan lupa saksikan besok!

Jihan atau nama sebenarnya Nur Jihan Musa pernah mendapat tempat kedua sewaktu memasuki program Raja Lawak musim Ketiga, dan dengan tiket itu jugalah namanya tersenarai antara calon pelawak yang layak untuk menyertai Maharajalawak yang disiarkan di Atro Warna setiap malam Jumaat.

Jika dahulu, Jihan sering kali dilihat menjadi antara pelawak yang mempunyai idea bernas apabila sering mempamerkan lawak yang bijak di setiap minggu pertandingan, kini Jihan seakan sudah kurang sengatnya.

Seakan sukar untuk menggeletek hati peminat, Jihan akui kelemahannya itu sekaligus berusaha untuk bangkit pada malam esok.

"Sememangnya saya tidak meletakkan target untuk ketahap final, saya tahu kemampuan saya tidak mampu melepasi kehebatan pelawak-pelawak senior seperti Jozan dan Nabil, tapi setiap minggu saya berusaha yang terbaik untuk dipersembahkan pada peminat.

"Tentang undian sedikit, itu semua memang saya dah lali, kalau dilihat pada prestasi undian saya sewaktu dalam Raja Lawak musim ketiga yang lalu, memang boleh dikatakan setiap minggu saya berada dalam bottom three, tapi ketika itu mungkin nasib saya baik, maka saya berjaya ke final.

"Kalau ditakdirkan saya terkeluar, saya bersyukur kerana berjaya juga menjayakan Maharajalawak ini, dan berjaya menghiburkan peminat saya biarpun mereka berada dalam kelompok yang kecil.



Minta untuk keluar?

Di sisi lain, ada yang bercerita Jihan sudah hilang semangat untuk meneruskan pertandingan ini kerana terlalu banyak komitmen lain yang perlu diberi perhatian.

"Saya tidak pernah meminta untuk disingkirkan atau dikeluarkan daripda program ini, semua yang saya lakukan sepanjang program ini adalah yang seikhlas yang mungkin. Kalau dari dulu saya tidak bersedia, sudah tentu saya tidak akan ambil tawaran untuk menyertainya.

"Tak dinafikan, saya mempunyai komitmen lain kerana sekarang ini saya masih bekerja sebagai juruteknik bangunan di Majlis Pembandaran Shah Alam, tapi ini tidak mengganggu tugas saya dalam Maharajalawak.

"Memang agak sukar untuk memikirkan lawak-lawak yang bernas berbanding dulu, kerana dulu kami semua dikuarantin dan saingan saya adalah orang-orang yang baru hendak menjadi pelawak, tetapi kali ini saya terpaksa berlawan dengan mereka yang sudah begitu banyak pengalaman.

"Lagipun saya sudah lama tidak lakukan persembahan pentas, dan sekarang saya banyak ambil lakonan berbanding melawak di mana-mana majlis, mungkin itu salah satu faktor mengapa lawak saya kurang menjadi kali ini.

Biarpun sibuk bekerja Jihan tetap sibuk dengan penggambaran telemovie seperti Rom Pom Pom dan Orang Ori yang akan bersiaran di Astro.


Jihan Tersingkir di Minggu ke 5 Maharaja Lawak

Seperti yang dijangka, Jihan menjadi peserta yang mendapat undian paling rendah pada malam Maharajalawak Minggu ke5 ini sekaligus membuatkan satu-satunya pelawak wanita ini tersingkir dari terus berada dalam Maharajalawak.

Impiannya mungkin untuk menjadi Ratu Lawak pertama Malaysia, namun hasrat Jihan untuk mengecapi impiannya itu terbantut apabila dia diumumkan sebagai peserta kelima tersingkir di minggu ke 5 program Maharaja Lawak, sebentar tadi.


Menyingkap kembali persembahannya sejak dari awal pertandingan, persembahan yang dibuat oleh Jihan tidak begitu konsisten dan adakalanya kurang mendapat sambutan daripada penonton. Bahkan undian yang diterima juga kurang memberangsangkan.

Biarpun sebelum ini, Jihan berjanji akan melakukan yang terbaik pada minggu ke5 ini, Jihan nampaknya terpaksa akur dengan keputusan yang telah ditetapkan.

Jihan mengakui dia tidak pernah terfikir untuk berada di pentas final untuk program Maharajalawak ini, setelah melihat prestasi peserta-peserta senior yang cukup hebat.

"Sememangnya saya tidak meletakkan target untuk ketahap final, saya tahu kemampuan saya tidak mampu melepasi kehebatan pelawak-pelawak senior seperti Jozan dan Nabil, tapi setiap minggu saya berusaha yang terbaik untuk dipersembahkan pada peminat.

"Asalkan peminat saya terhibur, itu sudah memadai bagi saya,"jelasnya

Apa pun yang berlaku, diharap Jihan akan meneruskan kerjayanya dan tidak terus berputus asa.

Antara peserta yang tinggal adalah Jozan, Nabil, Sepah, Jambu, Balas, Man dan Amir.

Walaubagaimanapun, pelawak lain turut berada di kedudukan bahaya pada penghujung siaran tadi ialah Man, juara Raja Lawak musim ke 5 serta Amir iaiatu pemenang tempat ketiga Raja Lawak musim ketiga. Selepas penyingkiran Jihan, barisan Maharaja Lawak kini hanya tinggal tujuh peserta lagi iaitu Jozan, Nabil, Sepah, Jambu, Balas, Amir dan Man.
 
Program Maharaja Lawak telah berlangsung di Studio Finas, Hulu Klang dan ia disiarkan secara langsung di Astro Warna (saluran 132).

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Maharaja Lawak Minggu Ke-5: Undian Terkini Jihan Akan Tersingkir Besok? By Mohd Rohaizad. Published: 28.4.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...