CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Maharaja Lawak Minggu Kedua: Penyingkiran Dua Peserta Diumumkan Minggu Hadapan



Maharaja lawak minggu kedua tiada penyingkiran berlaku tetapi nama peserta yang tersingkir tetap dibawa ke minggu hadapan.. pihak astro cuba hendak membuat suspen dan berlainan dalam maharaja lawak.. hal ini untuk membezakan format maharaja lawak dengan rajalawak.. mungkinkah ada kejutan untuk minggu hadapan? kita saksikan ya..

Biarpun keputusan penyingkiran minggu kedua Maharaja Lawak yang berlangsung pada Jumaat lalu sudah pun berada di tangan pihak Astro, namun mereka sengaja memutuskan untuk mengumumkannya pada minggu hadapan iaitu sebelum gelanggang Maharaja Lawak bermula.

Malah bukan hanya saeorang peserta sahaja tetapi dua peserta sekaligus akan disingkirkan pada minggu ketiga Maharaja Lawak, Jumaat depan.

Dan dua peserta yang bakal tersingkir itu sudah pastinya terdiri daripada 5 peserta yang mendapat undian terendah pada minggu lalu iaitu Jihan, XN3, Wai, Man dan Amir.

Ini bermakna, mereka yang bakal tersingir juga terpaksa membuat persediaan persembahan untuk minggu hadapan. Mereka juga terpaksa menerima kenyataan jika mereka tersingkir pada awal persembahan, secara automatiknya mereka tidak akan berpeluang untuk meneruskan persembahan pada minggu ketiga tersebut.

Bukan mahu bersifat kejam kepada dua peserta yang bakal disingkirkan itu, namun Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani berkata apa yang dilakukan adalah satu gimik dan elemen yang berbeza yang mahu ditonjolkan dalam pertandingan Maharaja Lawak.

"Penonton tidak perlu mengundi lagi. Undian bagi peserta yang mendapat markah undian terendah telah pun ditutup. Pada penyingkiran itu nanti, dua peserta akan disingkirkan dengan serentak pada awal rancangan.

"Kami bukan apa. Kami sengaja menukarkan format ini supaya ianya dilihat tidak sama dengan pertandingan Raja Lawak. Selain itu, banyak lagi elemen-elemen lain yang akan kami paparkan bagi minggu-minggu seterusnya di mana pihak kami bebas bermain dengan format yang ada.

"Dengan mempunyai permainan format sebegini, peserta akan lebih peka dan tidak mengambil mudah dalam setiap persembahan yang mereka lakukan. Apa tidaknya hadiah yang kami sediakan pun bukannya sedikit tapi sangat lumayan," katanya selepas berlangsungnya siaran Maharaja Lawak di Finas, Hulu Kelang, Jumaat lalu.

Juara Maharaja Lawak bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM300, 000, sementara naib juara, RM200, 000 manakala tempat ketiga RM100, 000

Sementara itu, Nizam turut mengumumkan tiga peserta yang mendapat undian tertinggi iaitu Jozan, Nabil dan Sepah. Peserta lain yang bakal bersaing minggu hadapan ialah kumpulan Balas, kumpulan R2, kumpulan Jambu, Alex dan kumpulan XN3.

Program Maharaja Lawak minggu lalu telah bersiaran secara langsung di Astro Prima (saluran 105) dan Astro Warna (saluran 132). Bagaimanapun, bermula dari minggu depan hingga minggu-minggu seterusnya, Maharaja Lawak hanya akan disiarkan secara langsung di Astro Warna sahaja.

Para peserta akan diadili dengan konsep 50 peratus markah juri (Ahmad idham, Saiful Apek dan Mamat Khalid) dan 50 peratus daripada undian penonton.-Murai

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Maharaja Lawak Minggu Kedua: Penyingkiran Dua Peserta Diumumkan Minggu Hadapan By Mohd Rohaizad. Published: 11.4.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...