CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Makan Cendawan Beracun Di Bukit Tangga, Changlun - Suami Isteri Masuk ICU


Cendawan memang ada yang beracun, dinasihatkan kepada orang ramai jangan makan cendawan sebarangan kecuali beli di kedai yang disahkan selamat untuk dimasak dan dimakan. Diharap pasangan suami isteri ini selamat dan menjadi pengajaran kepada orang ramai untuk lebih waspada dengan makanan yang dikutip, mana tau kot ada yang sembur racun pun boleh menjadi faktor penyebab kan? Baca berita diperoleh oleh sumber Bernama untuk maklumat info lebih lanjut.

Sepasang suami isteri warga Thailand dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar selepas memakan sejenis cendawan liar di Bukit Tangga, Changlun, semalam.

Thongthi Poi, 50, dan isterinya Boonma Gaeonin, 41, memungut cendawan itu di kebun getah tempat mereka bekerja sebagai penoreh.

Kedua-duanya dibawa ke Hospital Jitra dan kemudian dihantar ke HSB selepas tidak sedarkan diri. Keadaan mereka dilaporkan semakin pulih.

Anak perempuan pasangan itu, Pavini Boonma, 21, yang ditemui di HSB, berkata emak dan ayahnya mengutip cendawan itu ketika menoreh getah di kebun untuk dijadikan makanan tengah hari.

"Selepas emak dan ayah makan cendawan itu yang dimasak sayur air, mereka menjadi pening dan melarang saya makan. Selepas pening, mereka tidur dan dua jam kemudian saya kejutkan mereka.

"Ayah saya sedar tetapi keadaannya sangat lemah manakala emak saya langsung tidak sedarkan diri. Saya meminta bantuan jiran menghubungi ambulans," kata Pavivi.

Pavini berkata emak dan ayahnya tidak mengalami muntah-muntah tetapi air liur mereka keluar dan berbuih seperti termakan racun.

Semasa dalam perjalanan ke hospital, kedua-duanya tidak sedarkan diri.

Thongtoi dan isterinya bekerja sebagai penoreh getah di Bukit Tangga sejak setahun lepas.

Pavani berkata emak dan ayahnya selalu makan cendawan dan kulat yang dipungut di kebun getah itu tetapi tidak pernah mengalami keracunan.

"Emak kata kawan-kawan dia beritahu cendawan itu boleh makan, sebab tu dia memungutnya untuk dimasak. Tak sangka pula jadi macam ini," katanya.

Pengarah HSB Datuk Dr Juita Ghazali yang dihubungi berkata pasangan suami isteri itu dirujuk ke HSB pada 11 malam tadi bagi mendapatkan rawatan rapi.

"Keadaan mereka beransur pulih tetapi masih dalam pemerhatian hospital," katanya.

Update:

Seorang mangsa keracunan cendawan meninggal dunia

Menurut Bernama di Alor Setar, seorang mangsa keracunan cendawan, Boonma Gaeonim, 41, yang dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) sejak semalam meninggal dunia pada 6.45 pagi tadi.

Mendiang bersama suami, Thongthi Poi, 50, dimasukkan ke Hospital Jitra sebelum dikejarkan ke HSB apabila tidak sedarkan diri selepas makan sejenis cendawan liar yang dipungut di kebun getah di Bukit Tangga, Changlun. 
 
Pengarah HSB, Datuk Dr Juita Ghazalie, berkata punca kematian mendiang disebabkan sindrom sukar bernafas akut menyamai pneumonia aspirasi yang berlaku sewaktu mangsa diserang sawan di rumahnya sebelum dibawa ke Hospital Jitra. 
 
"Suaminya yang turut sama makan cendawan itu kini stabil dan telah di pindahkan ke wad biasa," katanya kepada pemberita di sini.

Dalam kejadian kelmarin, sepasang suami isteri warga Thailand itu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi HSB selepas makan sejenis cendawan liar yang dijadikan hidangan tengah hari.

Anak perempuan pasangan itu, Pavini Boonma, 21, terselamat selepas ditegah ibunya kerana pasangan itu berasa pening selepas makan cendawan itu.

Dr Juita juga turut menasihatkan orang ramai supaya tidak makan cendawan yang tumbuh liar kerana berkemungkinan ia beracun.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Deputi Supritendan Ibrahim Mohd Yusuf ketika ditemui di sini hari ini berkata pihaknya menerima laporan mengenai kes itu dari Balai Polis Bukit Kayu Hitam pagi tadi.

"Berdasarkan laporan kedua-dua mangsa dimasukkan ke Hospital Jitra 4.30 petang semalam sebelum dirujuk ke HSB. Polis juga telah dimaklumkan bahawa salah seorang mangsa meninggal dunia pagi ini," katanya.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Makan Cendawan Beracun Di Bukit Tangga, Changlun - Suami Isteri Masuk ICU By Mohd Rohaizad. Published: 7.4.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...