CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Manifesto Barisan Nasional (BN) Hadapi Pilihan Raya 2011 "Jaminkan Masa Hadapan Anda Dengan BN"


Berita baru diperolehi menyebut bahawa 9 perkara manifesto Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi tentangan daripada Pakatan Rakyat dan calon bebas di Sarawak. Manifesto ini telah dijanjikan oleh pihak kerajaan bagi memaklumkan bahawa hanya BN sahaja yang mampu menjamin masa hadapan rakyat Sarawak. Baca 9 perkara tersebut dibawah.

Hari ini di Sibu, Sarawak. Barisan Nasional (BN) hari ini telah melancarkan manifestonya bertemakan "Jaminkan Masa Hadapan Anda Dengan BN" bagi menghadapi pilihan raya negeri ke-10 pada 16 April 2011. 





Manifesto itu mengandungi sembilan (9) perkara iaitu:

1. Memelihara keamanan, keharmonian, kestabilan dan tadbir urus yang baik untuk Sarawak

2. Memelihara alam sekitar, budaya, warisan dan kepercayaan semua kaum

3. Menyediakan peluang pekerjaan untuk semua

4. Menjana lebih banyak peluang perniagaan untuk semua 

5. Menyediakan peluang pendidikan untuk anak-anak kita

6. Menjamin hak rakyat ke atas tanah mereka dipelihara

7. Meningkatkan mutu dan kualiti hidup golongan yang miskin dan kurang bernasib baik

8. Memastikan mutu jalan raya, bekalan air dan elektrik, khidmat kesihatan dan perumahan sentiasa dipertingkatkan

9. Mempunyai rancangan jelas untuk memastikan Sarawak berada di landasan ke arah menjadi negeri terkaya di Malaysia

Pelancaran itu diumumkan Tan Sri Abdul Taib Mahmud ketika menghadiri majlis pelancaran Manifesto Barisan Nasional (BN) di Dewan MUC, Kampung Bandung, di sini, sebentar tadi. Sumber maklumat disampaikan oleh wartawan Berita Harian.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Manifesto Barisan Nasional (BN) Hadapi Pilihan Raya 2011 "Jaminkan Masa Hadapan Anda Dengan BN" By Mohd Rohaizad. Published: 7.4.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...