CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Misi Mejar Dr Faiz Khaleed Ke ISS Jika Ekonomi Malaysia Mengizinkan


Isu Mejar Dr Faiz Khaleed untuk ke ISS jika ekonomi Malaysia mengizinkan, adakah wajar beliau pergi ke angkasa lepas? Pada pendapat saya, usahlah membazirkan wang rakyat. Walaupun Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor  berjaya pergi dengan wang rakyat dan berjaya menjadi anak Melayu Islam yang pertama pergi ke angka lepas tetapi tiada banyak kebaikan pun pergi ke sana, penyelidikan yang dibuat hanyalah wayang dan memenuhi syarat untuk tidak dikatakan pergi melancong dan ambil nama sahaja. Sebaiknya wang rakyat digunakan untuk program-program yang berkaitan dengan angkasa lepas andai dah diperuntukkan sedemikian terutamnya untuk rakyat yang berada di luar bandar dan pedalaman.
 
Angkasawan kedua negara, Mejar Dr Faiz Khaleed hanya akan ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) jika keadaan ekonomi negara mengizinkan, kata Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Angkasawan Malaysia (YAM) Zailani Samberid.

Bagaimanapun, beliau berkata, perancangan sudah dibuat untuk menyambung latihan yang diperlukan oleh Dr Faiz untuk mengekalkan kecergasannya sebagai sebagai persediaan misi itu. 
 
Menurut beliau, misi itu terjejas berikutan masalah kegawatan ekonomi yang melanda negara pada 2008 dan 2009 yang menyebabkan dana untuk misi itu perlu digunakan untuk perbelanjaan kerajaan yang lain. 
 
Angkasawan pertama negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor berada selama 10 hari di ISS pada Oktober 2007.

"Kita bertanggungjawab menjalankan program mendidik belia dan kanak-kanak berkaitan pendidikan sains angkasa dan juga mendapatkan dana untuk membiayai misi Dr Faiz ke angkasa lepas nanti," katanya kepada Bernama di Forum Belia Asean Tentang Kreativiti dan Inovasi (AYFIC) 2011, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, katanya, pihaknya akan menganjurkan pelbagai program di sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) seluruh negara dalam usaha menyemai minat berkaitan sains angkasa kepada pelajar.

Selain itu, ketika ditanya keperluan mempunyai seorang pelapis kepada Dr Faiz, beliau berkata, pemenang Cabaran Angkasawan Malaysia, Awang Shahrizan Awang Abu Bakar, 28, dari Sarawak, kini membantu Dr Faiz dalam mengelolakan program sains angkasa.

"Awang Shahrizan juga sudah pergi ke Pusat Angkasa Lepas Yuri Gagarin di Moscow, Russia untuk meninjau kemudahan latihan angkasawan di sana selepas memenangi cabaran itu di Pulau Langkawi dahulu," katanya.

YAM hadir di AYFIC 2011 bagi membantu Yayasan Inovasi Malaysia dalam menjalankan program berkaitan inovasi dan kreativiti membabitkan 113 peserta daripada negara Asean, Jepun, Korea Selatan dan China.

Forum tiga hari itu yang berakhir esok membabitkan perbincangan di kalangan kalangan delegasi belia ASEAN berkaitan inovasi terbaru dan pemikiran kreatif.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Misi Mejar Dr Faiz Khaleed Ke ISS Jika Ekonomi Malaysia Mengizinkan By Mohd Rohaizad. Published: 19.4.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...