CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

MTUC - Isu Gaji Minimum Pengawal Keselamatan Tidak Dilaksana Sepenuhnya


Apa boleh buat? Bukan semua syarikat keselamatan mampu membayar gaji minimum.. Isu ini pasti akan berlarutan kerana kalau ikut logik tidak sepatutnya semua pengawal keselamatan diberikan gaji minimum yang tinggi.. Jika hendak berikan jugak perlulah tengok tempat yang dikawal itu sama ada berisiko tinggi atau tidak. Walaubagaimanapun, diharap pihak kerajaan mestilah bertindak tegas seperti yang dicanangkan sebelum ini agar isu ini tidak ditimbulkan semula dari tahun ke tahun.
 
Kajian Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mendapati kebanyakan 150,000 pengawal keselamatan di Semenanjung Malaysia tidak dibayar gaji minimum baru yang berkuat kuasa Februari lepas.

Naib Presiden MTUC A. Balasubramaniam berkata kajian juga mendapati majoriti daripada mereka tidak tahu mengenainya, dan bagi menangani isu berkenaan pihaknya telah mencetak 50,000 salinan arahan mengenai perkara tersebut yang diedarkan ke semua cawangan MTUC.

"Kami juga telah menampal salinan perintah itu di tempat-tempat tumpuan agar pengawal keselamatan tahu hak mereka dan menuntut gaji baru mereka daripada majikan," katanya kepada Bernama, di sini pada Jumaat.

Beliau berkata Jabatan Tenaga Kerja juga harus meningkatkan usaha untuk menguatkuasakan peraturan tersebut.

Katanya gaji baru antara RM500 hingga RM700 itu berkuat kuasa 15 Feb lepas menerusi arahan yang ditandatangani Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam bertarikh 11 Feb.

Balasubramaniam juga berkata Kongres itu bersedia bekerjasama dengan Jabatan Tenaga Kerja bagi menyebarkan maklumat tersebut dan memastikan pengawal keselamatan terbabit menerima hak mereka.

Skala gaji baru itu dibahagikan kepada tiga zon iaitu Zon A dengan gaji pokok RM550 dan elaun RM150 yang meliputi Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor Baharu selatan, Kota Tinggi, Kulaijaya dan Pontian.

Zon B memperuntukkan gaji pokok RM500 dan elaun RM100 merangkumi Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Pahang, Terengganu, Kluang, Batu Pahat, Mersing, Muar, Ledang dan Segamat.

Untuk Zon C, gaji pokok ditetapkan pada RM450 dan elaun RM50 bagi Kedah, Kelantan dan Perlis.

Balasubramaniam berkata pengurusan digesa membayar lebih daripada gaji minimum berasaskan keupayaan kewangan syarikat. - Bernama

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

MTUC - Isu Gaji Minimum Pengawal Keselamatan Tidak Dilaksana Sepenuhnya By Mohd Rohaizad. Published: 16.4.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...