CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Norman Hakim dan Memey Kena Waran Tangkap Kes Khalwat



Perbicaraan kes khalwat mereka telah masuk 3 tahun.. Norman Hakim dan Memey telah dikenakan waran tangkap sebab tidak hadir ke mahkamah.. Lamanya mahkamah kita.. Tu baru kes khalwat tidak masuk kes-kes yang lain lagi.. Ada yang dah mati lepas tu tutup kes.. Macam ni la mahkamah di Malaysia..

Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur memerintahkan waran tangkap disempurnakan terhadap pelakon Norman Hakim dan pasangannya Memey yang menghadapi pertuduhan berkhalwat tiga tahun lalu setelah mereka gagal hadir ke mahkamah hari ini.

Hakim Salehan Yatim mengarahkan waran itu dikeluarkan selepas pasangan itu tidak mengemukakan alasan atau sebab yang kukuh kenapa mereka tidak hadir.

Dalam prosiding itu, peguam Munirah Abu Bakar yang mewakili pasangan itu, memberitahu mahkamah beliau menerima panggilan telefon daripada Norman pagi tadi memberitahu beliau tidak dapat hadir ke mahkamah kerana tidak sihat.

Bagaimanapun, katanya, Norman tidak memberi sebarang sijil cuti sakit.

Katanya Norman turut memberitahu beliau bahawa Memey berada di luar kawasan yang menyebabkan dia tidak boleh hadir ke mahkamah.

Norman atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidon, 35, dan Memey atau nama sebenarnya, Suhaizah Suhaimi, 23, yang juga seorang pelakon, didakwa berkhalwat di pejabat 4-1A, Jalan UP 1/2, Taman Ukay Perdana, Hulu Klang, pada jam 3 pagi 30 Oktober 2008.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 29(1)(a) dan Seksyen 29(1)(b) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda sehingga RM3,000 atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan.

Salehan menetapkan 29 Julai ini bagi keputusan sama ada pasangan itu didapati bersalah atau tidak terhadap tuduhan itu dan memerintahkan kedua-duanya hadir pada tarikh berkenaan.

Pihak pendakwaan menutup kes itu pada Oktober tahun lalu selepas hampir dua tahun perbicaraan kes berkenaan yang memanggil lapan saksi pendakwaan termasuk bekas pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor, Azhar Noordin, 42.

Terdahulu, pendakwa Hasrul Hafiszi Ahmad Kamal memohon waran tangkap terhadap pasangan itu dikeluarkan atas alasan mereka sepatutnya mengutamakan kes mahkamah berbanding perkara lain.

Dikemaskini: Ada Sebab Kenapa Tak Pergi - Memey

“Saya kini sedang berada di Bahau, Negeri Sembilan untuk menjalani penggambaran telemovie, ‘Timah Labuci’. Kalau boleh saya tak mahu benda ini diperbesar-besarkan kerana tak nak orang salah sangka. Apa yang saya boleh kata, waran tangkap itu sebagai peringatan kepada kami berdua untuk datang ke mahkamah selepas ini.

“Saya tak nak orang salah faham bila keluar isu macam ini, orang ingat saya kena tangkap ke apa. Ini sekadar peringatan supaya prosiding seterusnya kami kena hadir,” ujar Memey yang mengakui pernah menerima waran tangkap sebelum ini.

“Ini kali kedua kami kena sebab sebelum ini pun ada juga kena waran tangkap. Walaubagaimanapun itu semua salah faham pasal tarikh. Masa itu tak kecoh pun pasal waran tangkap itu. Lagipun bukan sengaja saya tak nak datang, cuma ia memang tak dapat dielakkan.

“Saya dah cuba untuk datang tapi memang tak boleh nak ‘adjust’ jadual. Saya sendiri dah maklumkan kepada pihak produksi kena pergi mahkamah tapi mereka tak lepas. Saya adalah heroin telemovie tersebut, jika saya tak ada mereka tak boleh nak buat apa-apapun. Lagipun telemovie ini melibatkan ramai artis.

“Jika saya pergi mahkamah, ia akan kacau semua orang. Saya tak boleh nak pentingkan diri sendiri. Sebenarnya dua-dua penting untuk saya. Saya akui dalam dilema sangat. Saya terpaksa buat pilihan dan menanggung risiko itu sendiri. Saya bukan sengaja tak nak datang tapi saya memang ada sebab.

“Saya harap isu ini tidak diperbesar-besarkan. Saya tak nak orang salah anggap kerana ia bukan satu perkara yang perlu digembar-gemburkan,” ujar Memey sambil memberitahu Norman memang tidak sihat kerana demam.

Pada 30 Oktober 2008, Norman dan Memey didakwa berkhalwat di pejabat milik Norman di Taman Ukay Perdana, Ampang. Jika disabit kesalahan, pasangan ini akan berhadapan dengan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM3,000 atau kedua-duanya sekali.

Selepas hampir tiga tahun perbicaraan kes khalwat ini berlangsung, akhirnya mahkamah telah menetapkan 29 Julai 2011 sebagai tarikh keputusan kes tersebut.

“Kalau boleh saya memang nak kes ini cepat selesai. Bila saya dapat tahu tarikh tu, saya harap yang terbaik saja. Sekarang ini saya hanya mampu berdoa yang terbaik untuk keputusan nanti. Memang rasa lega sebab dah hampir tiga tahun kes ini berlangsung.”

Apabila ditanya tentang perancangan perkahwinannya dengan Norman, Memey memberitahu, “Hujung tahun ini kami kahwin. InsyaAllah, minggu depan keluarga saya dan dia akan duduk berbincang mengenai perkara ini. Sekarang ini saya masih sibuk dengan pengambaran. Mungkin lepas habis semua ini, saya akan tempah baju dulu.” -Gua

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Norman Hakim dan Memey Kena Waran Tangkap Kes Khalwat By Mohd Rohaizad. Published: 15.4.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...