CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Parti Cinta Malaysia, SNAP & SUPP Kalah Teruk Di Sarawak - Hilang Semua Wang Pertaruhan Deposit


Sebelum ini SNAP membuat kecoh dengan mengugut PKR menggunakan lambang SNAP di Pilihan Raya Negeri Sarawak tetapi akhirnya mereka yang kalah teruk dan hilang majoriti wang pertaruhan deposit. Manakala SUPP berjaya dinafikan termasuk dengan presiden mereka dikuburkan dan Parti Cinta Malaysia turut tewas teruk dengan hilang semua wang deposit yang dipertaruhkan. Syabas diatas kejayaan PAS, PKR dan DAP dalam mengugat keupayaan BN dan usaha akan tetap diteruskan sehingga Pakatan Rakyat berjaya memerintah Malaysia suatu hari nanti.

Hampir kesemua 26 calon Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) hilang wang pertaruhan dalam pilihan raya negeri Sarawak ke-10, kecuali calonnya, Toh Heng San yang bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Katibas.

Mereka merupakan antara 71 calon, termasuk 36 calon bebas, yang hilang wang pertaruhan berjumlah RM355,000 iaitu RM5,000 seorang.

Selain itu, enam calon PKR dan empat calon Parti Cinta Malaysia (PCM) turut hilang wang pertaruhan.

Kesemua mereka kehilangan wang pertaruhan itu setelah mendapat undi kurang daripada satu per lapan atau kurang 12.5 peratus daripada keseluruhan undi dalam kerusi DUN yang ditandingi mereka.

Daripada 41 calon bebas yang bertanding, hanya lima orang yang berjaya mendapat balik wang pertaruhan termasuk George ak Lagong.

Beliau memenangi kerusi DUN Pelagus dalam pertandingan tiga penjuru menentang calon Barisan Nasional Stanley Nyitar @ Unja ak Malang daripada Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan calon PKR, Edward Sumbang ak Asun dengan majoriti 2,837 undi.

Calon bebas yang mendapat undi paling kecil ialah Mathew Munan yang hanya memperoleh 27 undi bagi kerusi DUN Belaga daripada jumlah pengundi seramai 5,913 orang.

Penyandang kerusi DUN Pandungan Dominique Ng Kim Ho yang bertanding atas tiket bebas pada pilihan raya kali ini turut kehilangan wang pertaruhannya dengan mendapat 439 undi.

Dalam pilihan raya negeri 2006, Ng yang bertanding atas tiket PKR telah memenangi kerusi itu dengan memperoleh 1,417 undi.

Pakatan Rakyat berjaya menembusi di Sarawak, dengan menggandakan bilangan wakil rakyatnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) dan berjaya melumpuhkan parti parti komponen kedua terbesar BN Sarawak, Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP).

Penolakan rakyat terhadap BN jelas berlaku di kawasan bandar di mana SUPP tumpas teruk, manakala presidennya sendiri, Tan Sri George Chan gagal mempertahankan kerusi Piasau, yang sudah sekian lama diwakilinya.

Paling mengejutkan ialah kejayaan calon PKR - seorang muka baru - menewaskan timbalan menteri dari SPDP.

Satu lagi kejutan ialah kemenangan calon Bebas, George Lagong, yang menewaskan calon muka baru PRS, Stanley Nyitar @ Unya Anak Malan dalam pertandingan empat penjuru.

PKR juga mencatat kemenangan simbolik di Ba'Kelalan, di mana pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian - walaupun menang tipis dengan majoriti 473 undi - tetapi merupakan kemenangan pertama parti itu di pedalaman Sarawak.

Dan apa yang sudah jelas ialah kemenangan besar DAP yang memenangi 12 daripada 15 kerusi yang ditandinginya.
Walaupun gagal untuk menafikan BN Sarawak majoriti dua pertiganya dalam pilihan raya negeri semalam, tetapi Pakatan Rakyat berpuashati kerana undi popular BN telah merosot lapan peratus.

sarawak election pakatan pc kuching 170411 01Setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng (paling kiri dalam foto) berkata undi popular BN telah merosot daripada 63 peratus pada 2006 kepada 55 peratus kali ini.

“Saya percaya pilihan raya ini menunjukkan bahawa Sarawak bukan 'simpanan tetap' seperti yang didakwa mereka.

“Ini peralihan lapan peratus, yang merupakan satu peralihan yang besar. Jika ini berterusan dalam pilihan raya parlimen nanti, maka BN akan kalah lebih banyak kerusi,” kata Guan Eng.

Beliau memberitahu demikian dalam satu sidang akhbar di Kuching bersama dengan pemimpin tertingi Pakatan.

Dalam pilihan raya negeri semalam, BN kalah hampir semua kerusinya di kawasan bandar dan tiga kerusi luar bandar. Pakatan pula berjaya memenangi 15 kerusi, dan satu lagi kerusi dimenangi calon Bebas. Dewan Undangan Negeri Sarawak mempunyai 71 kerusi.



Dikemaskini: MCA Bimbang Kalah Teruk Dan Hilang Sokongan Cina


Para pemimpin MCA berdiri teguh di belakang presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek (atas) yang memberi amaran bahawa masyarakat Cina akan kehilangan perwakilannya dalam kerajaan sekiranya parti itu kalah teruk dalam pilihan raya umum akan datang.

Sejak malam tadi, ibu pejabat parti telah mengeluarkan sekurang-kurangnya lima kenyataan pelbagai pemimpinnya yang menyokong kenyataan Chua bahawa MCA akan "membincangkan" kedudukannya dalam kerajaan jika prestasinya seburuk dalam pilihan raya umum 2008.

Kenyataan Chua itu dilihat oleh pembangkang sebagai amaran kepada masyarakat Cina bahawa mereka akan kehilangan perwakilan dalam kerajaan, memandangkan Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) - yang mewakili kaum Cina Sarawak - kalah teruk dalam pilihan raya negeri Sabtu lalu.

Bersetuju dengan kenyataan Chua itu, ketua penerangan MCA, Heng Seai Kie berkata parti itu akan dianggap tidak relevan lagi jika ia tidak mencapai kemenangan di peringkat negeri dan pusat dan tidak lagi akan dapat mewakili masyarakat Cina.

"Jika masyarakat Cina menolak MCA untuk mewakili mereka, maka MCA tidak ada pilihan tetapi menyemak semula kedudukannya dalam arus politik nasional," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Heng tidak bertanding dalam pilihan raya umum umum, tetapi dilantik sebagai senator dan kemudiannya menjadi timbalan, menteri wanita, keluarga dan pembangunan masyarakat. 

Naib presiden MCA Datuk Donald Lim (kanan) pula berkata, sudah ada contoh pada 1969, apabila MCA telah memilih untuk tidak menyertai kabinet Tunku Abdul Rahman selepas kalah teruk dalam pilihan raya pada tahun berkenaan.

Katanya, jika MCA gagal memperoleh pengiktirafan daripada majoriti masyarakat Cina Malaysia, maka ia akan menjejaskan kedudukan MCA dalam BN untuk berunding bagi mendapat dan mempertahankan kepentingan kaum Cina.

Menyentuh tentang kesan pilihan raya umum 1969, setiausaha agung MCA, Datuk Kong Cho Ha (kiri) berkata, semasa pembentukan BN pada 1973, MCA di bawah kepimpinan Tan Sri Lee San Choon telah menyokong gabungan baru itu "dengan syarat".

Kong berkata, MCA kemudian memutuskan untuk menyertai BN dengan syarat itu party akan terus mewakili mewakili aspirasi masyarakat Cina sama sepertimana Umno mewakili orang Melayu.

"MCA tidak pernah berganjak daripada prinsip ini. Dengan kata lain, jika MCA hilang sokongan majoriti rakyat Cina Malaysia, MCA akan kehilangan tempat berpijak dalam arus politik perdana Malaysia.

"Jika ini berlaku, MCA mesti menjalankan satu kajian semula yang komprehensif mengenai peranan dan kedudukan parti kita, dalam kerajaan negeri dan pusat," kata Kong.-Malaysiakini

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Parti Cinta Malaysia, SNAP & SUPP Kalah Teruk Di Sarawak - Hilang Semua Wang Pertaruhan Deposit By Mohd Rohaizad. Published: 17.4.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...