CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

PAS Mohon Maaf: Isu Saiful Syazani Dibelasah Mati Oleh Seorang Guru Bergelar Ustaz


Berita terbaru mengatakan yang Parti Pas memohon maaf diatas kematian adik Saiful Syazani kerana dibelasah selama dua jam oleh seorang guru bergelar ustaz yang tidak berperikemanusian dan sia-sia saja belajar agama tinggi-tinggi serta tidak pratikan secara islamik.. cerita yang saya dengar ialah adik saiful ni dituduh mencuri duit RM7 milik kawan sekelasnya.. setelah ustaz merangkap warden mengetahui hal tersebut terus membelasah adik saiful sehingga cedera parah di kepala dan mengalami komplikasi jantung.. terok betul la guru macam ni.. ke guru ini tidak bertauliah? tidak dapat membaca psikologi kanak-kanak? kalau budak nakal pun jangan la belasah sampai terok tinggalkan kesan darah beku di kepala.. apa nak jadi la guru macam ni? Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada adik Saiful Syazani Bin Saiful Sopfidee.. semoga roh beliau dicucuri rahmat dan tenang di alam kubur.. :(

Bernama melaporkan dari Kangar, Perlis bahawa PAS Perlis memohon maaf kepada rakyat Malaysia berikutan kematian seorang pelajar tujuh tahun kelmarin yang dikaitkan dengan tindakan hukuman seorang ustaz di Sekolah Rendah Islam Al Furqan kelolaan parti itu di Jejawi dekat sini.

Pesuruhjaya PAS Perlis, Hashim Jasin, berkata pihaknya juga memohon maaf kepada guru berhubung peristiwa yang telah mencalar imej dan persepsi umum terhadap warga pendidik. 

Saiful Syazani Saiful Sopfidee meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar kelmarin selepas dipercayai dipukul seorang ustaz yang juga warden asrama sekolah itu pada Khamis lalu ketika menyiasat kes kecurian. 

"Kejadian ini sesuatu yang amat memeranjatkan setelah lebih 25 tahun mengelola institusi pendidikan milik parti," katanya selepas menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri Perlis di sini hari ini.

Hashim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang berkata, PAS Perlis berharap proses siasatan dan perbicaraan dilaksana secara rapi dan mendalam bagi menegakkan keadilan kepada semua pihak terbabit.

Pengerusi Lembaga Tadbir sekolah itu, Rus'sele Eizan, berkata pihaknya telah mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan semua institusi pendidikan milik parti itu beroperasi dalam suasana pembelajaran yang selamat dan lancar.

Ketua UMNO Bahagian Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim, pula berharap sekolah agama rakyat seperti itu melantik hanya guru bertauliah bagi mengelak kejadian seumpama itu daripada berulang.

"Setiap guru yang dilantik perlu melalui proses latihan perguruan meskipun mereka memiliki kelayakan akademik yang tinggi," katanya.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

PAS Mohon Maaf: Isu Saiful Syazani Dibelasah Mati Oleh Seorang Guru Bergelar Ustaz By Mohd Rohaizad. Published: 5.4.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...