CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Pelajar Perempuan SMK Amanjaya Parah Jatuh Bangunan Sekolah


Saya tidak pasti sama ada pelajar perempuan SMK Amanjaya, Sungai Lalang, Kulim tersebut betul-betul terjatuh atau cubaan untuk membunuh dia. Namun saya berharap benar pelajar tersebut selamat dan doakan semoga sembuh.  Kadang-kala terkejut jugalah kenapa pelajar masa kini suka-suka terjun dari bangunan sekolah. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan mereka nekad berbuat demikian? Stress? Masalah keluarga? Hamil luar nikah? Ntah la..
 
Seorang pelajar perempuan cedera parah selepas terjatuh daripada tingkat tiga bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Amanjaya, di sini hari ini.

Dalam kejadian pada jam 6.15 pagi itu, Masuria Surentharan, 15, dikatakan terjatuh dari bahagian koridor Blok F sekolah itu menyebabkan dia cedera di kepala dan patah kedua-dua kakinya. 
 
Timbalan Pengarah Pelajaran negeri Roslee Ismail berkata, pelajar terbabit masih tidak sedarkan diri dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini. 
 
Bercakap kepada pemberita di sini, beliau berkata, ketika kejadian Masuria dan pelajar lain sedang bersiap untuk memulakan sesi persekolahan.

"Saya diberitahu bahawa pelajar berkenaan terjatuh dari tingkat tiga sekolah. Dia kemudian dihantar ke hospital untuk rawatan.

"Setakat ini kami tidak mahu membuat apa-apa spekulasi mengenai punca kejadian dan menyerahkannya kepada polis untuk membuat siasatan," katanya ketika ditemui pemberita di sekolah itu di sini hari ini.

Bernama difahamkan pelajar itu yang adalah anak bongsu dari tiga beradik tinggal bersama ibunya di Taman Bukit Permai, Sungai Lalang di sini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Pelajar Perempuan SMK Amanjaya Parah Jatuh Bangunan Sekolah By Mohd Rohaizad. Published: 19.4.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...