CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Permohonan Yang Berkenaan DPLI Dan KPLI Bagi Sesi Pengambilan 2011




Tahniah kepada rakan-rakan yang telah mendaftar untuk memasuki program pendidikan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) yang telah ditawarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) dengan kerjasama dari Institusi Pengajian Tinggi Awan (IPTA).

Tahniah juga diucapkan kepada rakan-rakan yang telah terpilih untuk menduduki ujian Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI).Dari tahun 2000 – 2010, sudah lebih daripada 500,000 rakyat Malaysia memohon untuk menduduki kursus perguruan terutamanya dalam KPLI, DPLI dan ISMP dengan purata 50,000 permohonan setiap tahun. Angka ini akan sentiasa meningkat pada setiap tahun.

Persoalannya:


- Adakah anda sudah bersedia untuk menghadapi ujian MEdSI?
- Sudahkah anda mendapatkan panduan MEdSI yang menepati kehendak KPTM?
- Sudahkah anda membuat kaji selidik berkaitan dengan soalan ujian MEdSI yang bakal keluar?
- Apakah kesilapan yang sering dilakukan oleh calon guru ketika temuduga MEdSI diadakan?

Baru-baru ini, Cikgu Ikhwan ada membuat kajian berkaitan dengan masalah ini. Hasilnya lahirlah ebook yang boleh membantu calon-calon ketika menghadapi peperiksaan dan temuduga MEdSI ini nanti:

Sila klik lawati laman web: PanduanDPLI


SEMAKAN KELAYAKAN UJIAN MEdSI - DPLI & ISMP 2011

Calon yang memohon Diploma Pendidikan (DPLI) bagi Lepasan Ijazah dan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) bagi Lepasan SPM & Diploma/ STPM boleh menyemak Status Kelayakan Ujian Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI) di : SEMAKAN KELAYAKAN UJIAN MEdSI - Ujian akan diadakan pada 30 April 2011 (Sabtu)

TARIKH PENTING PENGAMBILAN DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH (DPLI) AMBILAN JULAI 2011

Tarikh Semakan Ujian MEDSI : 22 APRIL 2011 (JUMAAT) Tarikh Ujian MEDSI : 30 APRIL 2011 (SABTU) Tarikh Semakan Temuduga : 11 MEI 2011 (RABU)

SEMAKAN PANGGILAN TEMUDUGA KURSUS PERGURUAN LEPASAN SPM (KPLSPM) AMBILAN JUN 2011

Semakan Panggilan Temuduga Kursus Perguruan Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM) Ambilan Jun 2011 boleh dibuat di : SEMAKAN TEMUDUGA KPLSPM AMBILAN JUN 2011

SEMAKAN UJIAN TEMUDUGA MEDSI DPLI 2011

Hari ini merupakan hari yang dinantikan oleh kebanyakan calon-calon MEdSI kerana hari ini adalah pengumuman keputusan calon-calon bagi ujian temuduga MEdSI.

Tarikh semakan temuduga akan bermula pada 20 Mei 2011 hingga 25 Mei 2011.

Andaboleh lihat pautan semakan temuduga MEdSI di sini :

https://online.mohe.gov.my/upu/tdugadidik/logintduga.php


Pautan laman semakan agak sukar dicapai kerana terlalu ramai calon-calon yang melawat laman tersebut.

Jadi saya nasihatkan supaya anda dapat bersabar kerana proses semakan agak perlahan.


Contoh-contoh soalan temuduga MEdSI

Berikut adalah contoh-contoh soalan yang biasa disoal dalam temuduga MEdSI.

Soalan ini saya susun berdasarkan pengalaman saya untuk kemudahan anda bagi menghadapi temuduga MEdSI.

Mungkin juga anda sudah bersedia sejak awal-awal lagi, namun saya harap perkongsian saya dapat menambahkan lagi persediaan anda.

Contoh-contoh soalan temuduga MEdSI :

1. Apakah impian anda 5 tahun daripada sekarang?
2. Mengapakah anda memilih kerjaya guru?
3. Cerita sedikit tentang latarbelakang diri anda
4. Apakah perkara yang dapat memotivasikan anda?
5. Apakah kelayakan yang anda miliki bagi melayakkan anda bergelar guru?
6. Apakah sumbangan yang anda dapat berikan kepada pihak kami?
7. Apakah kelemahan-kelemahan anda?
8. Apakah masalah yang pernah anda hadapi dan bagaimana anda dapat mengatasinya?
9. Apakah yang anda telah pelajari daripada kesilapan-kesilapan pada masa-masa lalu?
10. Apakah objektif kerjaya jangka panjang anda?
11. Bagaimanakah anda merancang untuk mencapai matlamat kerjaya anda?
12. Apakah kualiti yang perlu untuk anda yang berjaya?
13. Apakah subjek yang anda paling minat dan paling tidak minat sekali? Mengapa?
14. Bincangkan tentang isu semasa yang berkaitan dengan kerjaya guru
15. Adakah anda mempunyai pilihan lokasi anda bekerja? Mengapa?

Tips Temuduga DPLI Medsi: Sebenarnya anda terdapat banyak lagi bentuk soalan bakal yang ditanya dalam temuduga MEdSI. Jika anda ditanyakan dengan soalan dalam bahasa Melayu, maka jawablah dengan bahasa Melayu. Jika penemuduga bertanya dalam bahasa Inggeris, zad perlu menjawab dalam bahasa Inggeris.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Permohonan Yang Berkenaan DPLI Dan KPLI Bagi Sesi Pengambilan 2011 By Mohd Rohaizad. Published: 22.4.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...