CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Pokok Kesinai Jadi Pengkumur Cegah Kanser Mulut - USM


Tahniah diucapkan kepada Universiti Sains Malaysia (USM) diatas kejayaan baru dalam menghasilkan pengkumur mulut yang mampu  mencegah kanser atau barah mulut dengan menggunakan Pokok Kesinai sebagai sumber utama dalam penghasilan produk tersebut. Diharap kajian terbaru ini mampu memberi faedah dan penyelesaian bagi mencegah berlakunya kanser mulut kepada manusia.

Bernama di GeorgeTown melaporkan yang sekumpulan penyelidik dari Universiti Sains Malaysia (USM) mencipta bahan pengkumur mulut yang berfungsi sebagai agen pencegahan kanser mulut.

Ketua Penyelidik itu, Dr. Azman Seeni Mohamed berkata, pengkumur mulut itu dihasilkan menerusi rebusan akar pokok bonsai tempatan iaitu pokok kesinai.

Pokok yang dikenali dengan nama saintifiknya “streblus asper” itu hanya terdapat di utara Malaysia, Thailand, Sri Lanka dan India, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, menerusi kajian makmal, pokok itu berpotensi untuk membunuh bakteria mulut, menghilangkan bau mulut, mengurangkan dan mencegah bengkak gusi, serta dapat membantu mencegah kanser mulut terutamanya golongan berisiko tinggi seperti perokok.

"Produk yang dikenali SA Cleanse adalah yang pertama dihasilkan menerusi proses merebus akar pohon itu sebelum dimasukkan bahan pewarna adalah lebih baik berbanding dengan produk yang berada di pasaran sekarang kerana ia tidak mengandungi alkohol, dicipta menerusi tiga warna iaitu merah, hijau serta kuning yang mempunyai perisa pudina dan strawberi,” katanya.

Azman berkata, produk itu juga dapat membantu merencatkan pertumbuhan sel kanser tulang dan kanser lidah dengan merencatkan aktiviti proliferasi sel, meningkatkan proses kematian sel semula jadi dengan mengubah kadar sintesis DNA.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Pokok Kesinai Jadi Pengkumur Cegah Kanser Mulut - USM By Mohd Rohaizad. Published: 14.4.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...