CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Polis PDRM Kenalpasti Individu Dalang Dalam Kes Video Seks


PDRM telah kenalpasti siapa yang terlibat dalam kes video seks itu, tetapi kenapa masih tidak mahu dedahkan siapakah dalangnya? Adakah satu lagi kontroversi akan melibatkan pihak polis berkenaan isu ini? Adakah Anwar Ibrahim akan ditahan sekali lagi disebabkan kes video seks yang mencurigakan ini?

Polis telah memperolehi bukti yang mencukupi untuk mengenalpasti individu yang dikaitkan dalam video seks, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

NONEKatanya, polis membuat kesimpulan itu berdasarkan fakta penyiasatan yang dijalankan pasukan itu.

"Berdasarkan siasatan kita, kita percaya kita tahulah siapa di dalam video itu. Ini berdasarkan fakta-fakta yang ada pada pegawai penyiasat," katanya dalam satu sidang media hari ini.

Ismail bagaimanapun enggan mendedahkan identiti individu terlibat.
Ketika ditanya, beliau juga enggan mendedahkan sekiranya polis telah mengenalpasti sama ada video berkenaan dirakamkan di dalam atau di luar negara.

"Saya rasa yang penting ialah kesahihan video itu, maknanya ia bukanlah diadakan, (atau) superimpose. (Sama ada) buat di Malaysia ke, yang penting ialah kesahihan.

NONEDitanya lanjut, beliau turut mengesahkan bahawa siasatan polis kini masih di peringkat dalam negara.

Dalam pada itu, beliau turut diminta menjelaskan sekiranya polis berkuasa untuk bertindak sekiranya rakaman video berkenaan dijalankan di luar negara.

Beliau ditanya demikian memandangkan satu video pendek yang dikatakan sebagai sebahagian daripada video seks berkenaan mempunyai tulisan dalam bahasa Thai.

Video pendek berkenaan disebarkan di Internet oleh seseorang yang tidak dikenali sejak awal bulan ini.

Ismail berkata, perkara itu "terserah kepada kebijaksanaan polis" dalam menjalankan tugas mereka.

"Ini melibatkan keterangan. Bila melibatkan keterangan kita ada Akta Keterangan yang kita harus patuhi, kita kena menepati semua prosedur (siasatan)," katanya.

Beliau turut meminta supaya pihak media tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes berkenaan.

Siasatan ke atas kes berkenaan dijangka selesai menjelang minggu depan, katanya lagi.-Malaysiakini

Isu Video Seks: Polis Akan Dedah 'Pelaku' Jika Perlu

Polis tidak teragak-agak untuk mendedahkan "si pelaku" dalam video seks yang didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada umum sekiranya perlu, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar.

"Siasatan masih lagi dijalankan. Apa jua perkara yang kita perlu dedahkan kepada umum kita akan dedahkan, yang mana perkara yang tak perlu kita dedahkan kita tak perlu dedahkan.

"Bagi pihak kami (polis) siasat dahulu, apabila sampai masanya polis akan beritahu siapa pelakunya dan kita masih siasat kes ini di bawah Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan (kerana kesalahan mengedar bahan lucah)," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Ketua-ketua Jabatan Siasatan Jenayah dari seluruh negara di Subang hari ini.

Turut hadir pada mesyuarat itu ialah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin, timbalannya Datuk Acryl Sani Abdullah Sani dan Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah.

Ditanya mengenai sebab Peguam Negara mengembalikan semula kertas siasatan kes berkenaan, Khalid menegaskan bahawa ia merupakan prosedur biasa dalam melengkapkan kertas siasatan sesuatu kes.

"Kita dah siapkan kertas siasatan itu, sudah tentu kita akan hantar kertas siasatan kepada pejabat Peguam Negara. Sekiranya dia (Peguam Negara) melihat terdapat perkara-perkara yang belum jelas pada kertas siasatan itu ianya akan dipulang semula kepada kita.

"Dengan ini kita akur dengan apa jua arahan yang diberikan pada kita. Ini proses biasa dan kemungkinan kita akan serahkan semula kertas siasatan kepada Peguam Negara minggu ini," katanya.

Pada 21 Mac lalu, video itu dipertontonkan kepada beberapa wartawan terpilih oleh satu kumpulan yang dikenali sebagai "Datuk T" di Carcosa Seri Negara.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar baru-baru ini mengumumkan bahawa rakaman video seks itu adalah tulen selepas disahkan oleh pakar tempatan yang memeriksa video berkenaan.

Mengenai perkembangan kes kematian pegawai kanan Kastam Diraja Malaysia, Ahmad Sarbani Mohamed di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Cochrane, Kuala Lumpur, Khalid berkata Peguam Negara masih meneliti kertas siasatan yang telah diserahkan pada Jumaat lalu.

"Kita masih lagi menunggu beberapa laporan-laporan dari pakar yang belum siap sepenuhnya sebelum Peguam Negara boleh buat keputusan," katanya.

Mesyuarat hari ini membincangkan mengenai perkara-perkara baru dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk cara menyelesaikan siasatan kes dan mengesan saksi.-Bernama

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Polis PDRM Kenalpasti Individu Dalang Dalam Kes Video Seks By Mohd Rohaizad. Published: 14.4.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...