CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Ramai Pemegang PhD Dan Master Bakal Dilahirkan Di Malaysia 2023


Kerajaan telah menggalakkan rakyat Malaysia untuk menyambung pendidikan mereka sehingga ke peringkat PhD dan Master dengan memperuntukkan lebih RM28 Bilion bagi membiayai pengajian mereka di IPT yang layak. Harap rakyat Malaysia yang berkelayakan perlu mengambil peluang ini untuk meyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi agar tahap pendidikan mampu mengubah diri, agama dan negara demi kebaikan bersama.

Berita Bernama melaporkan yang kerajaan Malaysia mensasarkan 60,000 pemegang ijazah kedoktoran (PhD) di kalangan warga Malaysia menjelang 2023.

Susulan unjuran itu, kerajaan memperuntukkan RM28 bilion untuk membiayai pengajian rakyat Malaysia dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK Ke-10).

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata peruntukan pembiayaan itu disalurkan menerusi empat program iaitu Program Pembiayaan Pengajian Ijazah Sarjana Dalam Negara (MyMaster), Program Pembiayaan Pengajian PhD Dalam Negara (MyPhd), Program PhD Industri dan Program Skim Latihan Akademik IPTA.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM298 juta diperuntukkan untuk menjayakan semua program berkenaan tahun ini.

Ia adalah sebagai permulaan kementerian meletakkan sasaran untuk melahirkan 5,000 graduan menerusi program MyPhD; 40,000 graduan melalui program MyMaster; 500 graduan program untuk PhD Industri dan 9,700 graduan menerusi program SLAI.


Syaratkan PhD sebagai asas kelayakan pensyarah di semua IPTA

Kementerian Pengajian Tinggi menyarankan semua institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negara ini menetapkan kelulusan doktor falsafah (PhD) sebagai kelayakan asas untuk pensyarah.

Timbalan Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah berkata ini bagi mencapai sasaran 75 peratus pensyarah berkelulusan PhD mengajar di universiti penyelidikan dan 40 peratus di universiti lain.

"Peningkatan jumlah tenaga pengajar berkualiti merupakan salah satu elemen dalam usaha memperkasakan institusi pengajian tinggi (IPT), oleh itu kementerian akan terus membantu IPT untuk menyediakan ahli akademiknya bagi meningkatkan kelayakan ke peringkat PhD," katanya ketika menjawab soalan Dr Syed Husin Ali di Dewan Negara hari ini.

Beliau berkata kementerian juga menggalakkan IPT menarik tenaga pengajar yang berkelayakan dan berkemahiran khusus sama ada dari luar negara atau tempatan.

"Kementerian telah mewujudkan insentif untuk menarik pakar luar menjalankan penyelidikan di IPT dengan menyediakan pakej yang menarik melalui kontrak perkhidmatan.

"IPT juga boleh menarik bakat-bakat dari industri tempatan untuk menyumbang, sama ada secara sepenuh atau separuh masa, dalam aktiviti pengajaran dan penyelidikan masing-masing bagi mengurangkan kos membiayai tenaga akademik luar negara, yang kebiasaannya mengenakan bayaran yang tinggi," katanya.
-bernama

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Ramai Pemegang PhD Dan Master Bakal Dilahirkan Di Malaysia 2023 By Mohd Rohaizad. Published: 18.4.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...