CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Ranjit Singh Malhi Dakwa Buku Sejarah Sekolah Berat Sebelah Di Malaysia


Saya pernah menggunakan buku sejarah yang dibuat oleh Ranjit Singh Malhi ini masa sekolah dulu.. tetapi tidak sangka kenyataan beliau yang mendakwa buku sejarah di sekolah didapati berat sebelah kononnya condong kepada Islam dan Melayu.. Saya tidak puas hati beliau bercakap berdasarkan kajian beliau yang didakwa peningkatan 17% ke 41% buku sejarah tingkatan 4 condong berat kepada Islam dan Melayu.. Saya ada soalan untuk beliau.. di mana beliau berada sekarang? India? Bangladesh? China? Kenapa nak bangkitkan isu ini? Berapa banyak lagi orang Melayu Islam hendak dikorbankan? Saya harap ada pihak atau institusi akademik yang dapat mengeluarkan kajian yang lebih baik dan teliti daripada beliau ini.. Mesti la ada justifikasi kenapa ada peningkatan.. takkan semua nak ada penurunan?
 
Pakar sejarah dan penulis, Ranjit Singh Malhi berpendapat terdapat kecondongan atau berat sebelah terhadap Islam dan bangsa Melayu dalam penulisan buku sejarah Malaysia.

Justeru, katanya, beliau tidak akan mendiamkan diri.

NONE"Tidak apa, jika saya hilang beberapa juta (dalam kontrak buku). Saya tidak akan jadi popular. Tidak mengapa. Jangan jual diri anda... Bercakap benar dan elakkan kejahatan,” kata ahli sejarah itu pada satu forum anjuran, Persatuan Guru Katolik di Petaling Jaya.

Menyesali buku teks hari ini yang didakwanya berat sebelah dan 'memihak' itu, Ranjit juga membidas beberapa orang pakar sejarah lain yang tidak mahu mengakui hakikat berkenaan.

Beliau memetik kenyataan beberapa ahli sejarah tempatan yang pandangan mereka disiarkan di akhbar arus perdana yang menolak penulisan buku teks sejarah di Malaysia sebagai berat sebelah.

Sebagai bukti dakwaannya, Ranjit juga mengemukakan penyelidikannya yang menunjukkan bahawa peranan agama lain telah diperkecilkan. Katanya, signifikan agama Islam telah diperbesarkan daripada 17 peratus di empat buku teks sejarah tingkat empat sebelum ini kepada 41 peratus yang digunakan di sekolah-sekolah hari ini.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Ranjit Singh Malhi Dakwa Buku Sejarah Sekolah Berat Sebelah Di Malaysia By Mohd Rohaizad. Published: 9.4.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...