CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Rasuah Dan Penyelewengan Kuasa Musuh Rakyat Sarawak


Tidak dapat dinafikan yang rasuah dalam apa jua bentuk menjadi musuh kepada rakyat Sarawak mahupun Malaysia.. Dengan penyelewengan kuasa oleh pihak atasan yang terang-terangan rakyat Sarawak lihat tetapi adakah hati mereka akan terbuka dalam memilih pemimpin yang benar-benar dapat mengembalikan hak mereka pada 16 April 2011 ni? Pada masa sekarang la nak minta apa jua akan diberikan.. tetapi selepas pihak BN menang adakah ada banyak perubahan di Sarawak? Peruntukkan yang diberikan adakah benar-benar sampai? Bukan sedikit wang peruntukan yang diberikan.. semuanya berbilion-bilion ringgit.. tetapi ntah ke mana wang tersebut pergi..
 
Dua hari sebelum rakyat Sarawak keluar mengundi, Perdana Menteri Najib Razak berjanji peruntukan untuk Sarawak akan dipertingkatkan sekiranya BN diberikan mandat untuk terus memerintah negeri ini.

NONEDalam reaksi spontan, Naib Presiden PKR Tian Chua berkata, yang dipertikaikan ialah kenapa sebilangan besar rakyat Sarawak tetap dibelenggui kemiskinan dan tanpa prasarana asas, meskipun negeri itu dijanjikan peruntukan berbiliion ringgit setiap tahun.

Dalam ucapannya malam semalam, Najib mendakwa Putrajaya memperuntukkan RM5.7 bilion untuk masyarakat di kawasan pedalaman Sarawak di bawah program transformasi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

“Kita untuk NKRA prasarana luar bandar, bekalan air, api, baik pulih rumah,RM5.7 bilion kerajaan pusat lulus untuk Sarawak,” kata Perdana Menteri di program khidmat masyarakat 1Malaysia di Satok malam semalam.

Namun peruntukan itu dipersoalkan oleh Pakatan Rakyat dengan merujuk kepada kemiskinan tegar yang masih mencengkam sebahagian besar daripada pendalaman Sarawak.

NONE"Kalau Najib betul-betul telah melulusan peruntukan itu , rakyat lagi marah, dan mahu tahu ke mana pergi dana itu dan juga peruntukan-peruntukan sebelum ini. Kenapa sehingga kini masih ramai masyarakat Iban, Bidayuh, Melanau, Dayak dan sebagainya terus miskin?, kata Tian kepada TVSelangor.Punca rakyat miskin

“Ini yang menjadi persoalannya sekarang, Kita mahu tahu punca rakyat Sarawak terus miskin, jika benar Putrajaya menyalurkan begitu banyak wang kepada kerajaan negeri Sarawak,” tambah beliau.

Najib semalam mendakwa BN jauh lebih mampu daripada Pakatan Rakyat untuk menyalurkan bantuan kepada Sarawak dan merujuk kepada program-program yang diperkenalkan beliau.

longhouseNamun hakikat adalah Sarawak negeri keempat paling miskin di Malaysia meskipun mempunyai hasil minyak, balak dan sumber semulajadi yang lain.

Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang memerintah Sarawak untuk 30 tahun dibelit dengan dakwaan rasuah dan penyelewengan kuasa. Keluarga beliau dituduh memiliki harta benda bernilai berbilion ringgit di dalam dan luar negara.

Terdahulu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menjanjikan RM 1 billion untuk kemudahan awam seperti jalan, air dan bekalan elektrik di kawasan luar bandar jika Pakatan Rakyat diberi mandat menubuhkan kerajaan negeri.

Guan Eng juga berkata kerajaan negeri Pakatan Rakyat juga akan menuntut kerajaan Persekutuan menaikkan royalti minyak daripada lima peratus kepada 20 peratus untuk menampung dana itu.

NONETian berkata Pulau Pinang dan Selangor menjadi contoh jelas keupayaan Pakatan Rakyat membela penduduk dengan mengekang rasuah dan menjalankan urus tadbir telus.

"Rakyat Sarawak patut tanya ke mana pergi dana yang diperuntukan oleh kerajaan pusat itu, kalau dana telah diperuntukan, tetapi orang Dayak masih miskin ia jelas amalan rasuah yang teruk.

"Orang Dayak yang hidup dalam pendalaman masih menanti-nanti, dari mana, bagaimana, dan kemana dana ini pergi dan kenapa mereka sehingga hari ini tidak dapat apa-apa faedah dari peruntukan yang dijanjikan Barisan Nasional" tambah Tian.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Rasuah Dan Penyelewengan Kuasa Musuh Rakyat Sarawak By Mohd Rohaizad. Published: 14.4.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...