CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Salma Semakin Kukuh Kedudukan Dan Bakal Juara Mentor 5?



Setiap minggu protege Erra Fazira dalam Mentor 5 sering mendapat perhatian iaitu Salma kerana kemampuannya dalam persembahanan yang menarik dan mendapat tempat dihati juri dan penonton. Seperti bakal juara apabila melihat gaya dan aksi Salma  pada persembahan minggu ini.

Salma sudah dilihat calon yang memberi saingan paling sengit. Malah sudah ada yang mula meramalkan dialah yang bakal menjuarai Mentor 5. Bukanlah menidakkan kemampuan peserta lain, tetapi setelah tiga konsert, Salma terus berada di tangga atas menyanyi lima peserta lain.

Kehebatan Salma bak kata pengkritik tetap, Datuk Ramli MS sepatutnya menjadi peniup semangat kepada peserta lain untuk mengejarnya dengan memberikan persembahan yang terbaik. Minggu ini Salma mendapat pujian Ramli kerana berjaya memikat hatinya menerusi lagu-lagu medley Penasaran dan Kopi Dangdut serta duet bersama Azlan (Azlan & The Typewriter) menerusi lagu Jeritan Batinku.
 
"Saya ni susah nak puji... tapi malam ini kamu sangat bagus," kata Ramli sejurus selepas Salma dan Azlan selesai dengan tugas duet mereka.

Mentornya Erra berkata, dia memilih Azlan untuk memberikan lebih cabaran kepada anak didik kerana kelantangan suara Azlan sememangnya diakui ramai.

"Kalau Salma boleh setanding dengan Azlan, bagi saya dia sudah berjaya memuaskan hati. Saya pilih lagu Jeritan Batinku kerana lagu yang dinyanyikan semula oleh Azlan itu sedang in sekarang dan Azlan sedang popular dengan lagu itu. Kiranya ini win and win situation lah," kata Erra.

Ramli juga memuji kreativiti mentor-mentor yang bersungguh-sungguh dengan gimik bagi menarik perhatian juri dan pengundi. Format undian Mentor dinilai 50 peratus juri profesional (Ramli dan juri undangan), 20 peratus juri awam di studio dan 30 peratus undian SMS.

"Ini belum lagi masuk semi final, tapi macam-macam gimik sudah dilakukan. Ini sesuatu yang sangat baik," kata Ramli ketika memuji kreativiti Edry KRU menggunakan kepakaran teknologi untuk membolehkan protegenya, Iqa berduet dengan Allahyarham Datuk Sudirman Arshad menerusi lagu Merisik Khabar.



Bukan kerana Erra


Ada yang kata kononnya undian SMS yang banyak memihak kepada Salma kerana tempias glamor dan populariti Erra Fazira.

Erra bingkas menolak tanggapan itu kerana baginya peminat hari ini sudah bijak menilai peserta kegemaran mereka dan tiada kena-mengena dengan mentor mereka.

"Kita sudah lihat dalam Mentor sebelum ini, kejayaan protege bukan kerana populariti mentornya. Ada mentor yang popular tapi protege mereka tidak berjaya pun," kata Erra.

Ramli pula menolak tanggapan pilihan juri profesional sebagai menentukan siapa yang bakal mendapat markah tertinggi. Beliau sebaliknya mengakui undian SMS masih ada kuasa.

"Tak banyak yang dapat disumbangkan dengan hanya 50 peratus markah juri profesional. Kami ada had dalam memberikan markah.

"Saya percaya markah keseluruhan mencecah 80 markah yang diperolehi oleh Salma banyak sumbangan undian SMS," kata Ramli.

Telahan Ramli ada benarnya kerana suasana Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam dibanjiri penyokong Salma berbanding penyokong protege lain. Penyokong Aiman (Mentornya Rahim Maarof) paling kurang jumlah di dalam auditorium.

Sementara itu Aiman kelihatan macam putus asa setelah tiga minggu berturut-turut menghuni tangga terbawah dengan markah tidak pernah mencecah 50 markah setiap minggu. Dia juga antara peserta yang sering mendapat kritikan juri.

"Saya akan terus melakukan persembahan terbaik lagi selepas ini. Tiada sebab untuk saya patah semangat dengan kritikan yang saya terima.

"Saya tak akan putus asa dan akan terus berjuang dalam bidang muzik kerana jiwa saya memang di sini. Kalau tidak berjaya dengan Mentor , saya akan mencuba apa sahaja cara untuk menempatkan diri saya dalam bidang muzik ini," kata Aiman.

Rahim juga akui dalam dirinya timbul rasa kecewa dengan kritikan Ramli terhadap Aiman terutamanya apabila Ramli mengatakan nyanyian protegenya kali ini flat.

"Di mana flat nya... saya tak dengar nyanyian Aiman flat. Saya akui kritikan juri sangat mempengaruhi undian," kata Rahim semasa ditemui media selepas selesai program itu. Aiman menyanyikan lagu Nokhtah Cinta dan berduet dengan Roy menyanyikan lagu Ratnaku.-mangga

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Salma Semakin Kukuh Kedudukan Dan Bakal Juara Mentor 5? By Mohd Rohaizad. Published: 25.4.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...