CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Sathya Sai Baba Tenat Mati Tidak Lama Lagi




Sri Sathya Sai Baba semakin tenat dan mungkin tidak lama lagi akan mati. Saya pernah terbaca yang beliau ni memang penipu kuat khasnya dekat pengikut-pengikut beliau la.. kononnya ada kuasa atau power untuk menyembuhkan penyakit sakit bagi jadi kaya dan sebagainya lagi.. anda boleh search di youtube, ada banyak video clip tentang penipuan dan cara beliau menipu.. apa-apapun, itu terserah kepada anda untuk percaya atau tidak.. khasnya pengikut Sri Sathya Sai Baba ini.. Anda pikir la sendiri ya?
 

Sumber dari Bernama di New Delhi, India melaporkan pemimpin spiritual terkemuka India Sathya Sai Baba, yang terkenal dengan pelbagai kebolehan istimewa termasuk menyembuh penyakit, kini berada dalam keadaan kritikal.

Pasukan perubatannya dalam satu kenyataan berkata pemimpin berumur 84 tahun itu ketika ini terpaksa menggunakan alat bantuan sokongan pernafasan.

"Beliau masih dalam Terapi 'Continuous Renal Replacement" bagi membantu buah pinggangnya berfungsi, dan pelbagai sistem penting dalam tubuh badannya ketika ini tidak memberikan respons yang secukupnya.

"Keadaan Sai Baba amat kritikal," kata Dr A.N. Safaya yang merupakan Pengarah Institut Sri Sathya Sai Sains Perubatan Tinggi di Puttaparthi, yang terletak di negeri Andhra Pradesh di selatan India, yang merupakan tempat kediaman pemimpin itu.

Para doktor di pusat perubatan itu merawatnya sejak Jumaat lalu selepas beliau dimasukkan ke wad perubatan akibat pneumonia dan masalah kesukaran pernafasan.

Pemimpin spiritual itu mempunyai berjuta-juta pengikutnya di seluruh negara, dan ketika ini ramai pengikutnya berhimpun berhampiran kediamannya untuk berdoa agar dia sembuh dengan segera.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Sathya Sai Baba Tenat Mati Tidak Lama Lagi By Mohd Rohaizad. Published: 5.4.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...