CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Sekolah Menengah Sains Selangor (SMSS) Jadi Sekolah Angkat Penerbangan Malaysia (MAS)


Tahniah diucapkan kepada warga Sekolah Menengah Sains Selangor (SMSS) kerana menjadi sekolah angkat Penerbangan Malaysia (MAS) hari ini di Bandar Tun Razak di sini sebagai sekolah angkatnya di bawah Projek Pintar MAS.
 
Pengerusi MAS Tan Sri Dr Munir Majid berkata pemilihan SMSS merupakan satu daripada usaha membantu sekolah itu berkongsi pandangan dalam aspek peningkatan akademik dan pembangunan modal insan dengan 16 lagi sekolah angkat MAS yang lain.

"Bagi mengekalkan kecemerlangan pelajar SMSS, MAS akan membantu menerusi pelbagai program peningkatan akademik dan kokurikulum pelajar dengan bantuan tenaga pengajar sekolah itu, seperti meningkatkan kemahiran komunikasi Bahasa Inggeris.

"Ramai pelajar tahu menggunakan bahasa Inggeris dan mempelajari dengan mendalam, tetapi yang kurangnya adalah keyakinan mereka untuk bertutur dalam bahasa itu," katanya kepada pemberita selepas melancarkan projek itu di SMSS di sini, Rabu.

Munir berkata projek itu turut merangkumi beberapa program termasuk kursus intensif komunikasi bahasa Inggeris, klinik dan seminar peperiksaan, ceramah kerjaya, seminar kekeluargaan untuk ibu bapa dan lawatan sambil belajar ke kawasan operasi MAS.

Beliau berkata seramai 50 pelajar dari Tingkatan Satu hingga Tiga dari keluarga berpendapatan rendah dipilih menyertai projek Pintar di sekolah itu selama tiga tahun.

Beberapa kakitangan MAS terpilih akan menjadi mentor kepada pelajar yang lemah, selain menawarkan tiket penerbangan percuma ke destinasi di Asia Tenggara sebagai insentif kepada pelajar dan guru yang cemerlang.

Munir berkata sejak 2007 sebanyak 19 sekolah telah dijadikan anak angkat oleh MAS. Bagaimanapun kontrak tiga sekolah telah tamat sejak tiga bulan lepas.

Turut hadir Pengetua SMSS, Nor Paizan Ibrahim dan Pengarah Urusan MasWings, Kapten Datuk Mohd Nawawi Awang. SMSS dianugerah sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi awal tahun ini.-bernama

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Sekolah Menengah Sains Selangor (SMSS) Jadi Sekolah Angkat Penerbangan Malaysia (MAS) By Mohd Rohaizad. Published: 27.4.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...