CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Siaran Radio Free Sarawak (RFS) Digodam Dan Disekat


Macam-macam.. Selepas laman web Malaysiakini digodam oleh hacker luar negara.. terkini Radio Free Sarawak (RFS) pula menjadi mangsa daripada menyampaikan maklumat kepada rakyat terutamanya rakyat Sarawak.. 
 
Radio Free Sarawak (RFS), yang dipancarkan ke kawasan pedalaman negeri itu dan satu-satunya platform yang menyiarkan suara pembangkang menjelang pilihan raya negeri esok, telah disekat siarannya.

NONEMenurut satu kenyataan, pengasas RFS, Clare Rewcastle berkata, sekatan siaran itu berlaku semalam dan serangan itu dikesan dilakukan oleh seorang individu di Belgium.

"Dia telah mengaku diupah untuk memancarkan siaran pada masa yang sama dan dalam frekuensi yang sama dengan stesen kita," tambahnya.

Katanya, individu tersebut dibayar AS$108,000 untuk menyekat siaran RFS menjelang pilihan raya negeri Sarawak esok.

Menurut Rewcastle, kegiatan tersebut melanggar semua perjanjian penyiaran antarabangsa dan merupakan satu pencabulan oleh seorang operator yang dihormati.

Bagaimanapun, tambahnya, individu berkenaan telah mengaku kontrak tersebut memberi ganjaran kewangan yang besar kepadanya, kerana diupah sehingga bulan Disember, walaupun ianya hanya jelas dikesan dua hari sebelum pilihan raya negeri Sarawak.

Rewcastle mendakwa individu berkenaan juga turut melancarkan operasi menyekat siaran stesen radio anti-Gaddafi sebelum ini.

Menurutnya, siaran RFS disekat melalui pancaran yang dibuat melalui Rusia.

Selain serangan siber ke atas beberapa lamanweb bebas, serta organ rasmi PAS - Harakah Daily, Rewcastle melaporkan rangkaian telefon bimbit di Sarawak juga turut mengalami gangguan, menjelang pilihan raya negeri itu esok.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Siaran Radio Free Sarawak (RFS) Digodam Dan Disekat By Mohd Rohaizad. Published: 15.4.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...