CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Temasya Sukan Sungai Kedah 2011 - Sempena Keputeraan Sultan Kedah Ke-83


Pengumuman ini diperolehi daripada sumber wartawan Bernama mengenai Temasya Sukan Sungai kali ke-80 sempena keputeraan Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah ke-83 yang ditangguh akibat hujan lebat pada 26 Mac lepas, akan berlangsung 16 April ini.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian dan Warisan, Kebudayaan negeri Datuk Dr Hamdan Mohamed Khalib berkata venue temasya sukan itu tidak berubah iaitu di Tanjung Chali di sini.

"Kita tidak akan membuat sebarang rombakan pada acara yang telah kita rancangkan selama ini iaitu perahu panjang, perahu naga dan kenu.

"Seramai 912 peserta dari 38 pasukan akan mengambil bahagian dalam acara perahu panjang, 196 peserta dari tujuh pasukan akan mengambil bahagian dalam perahu naga," katanya ketika dihubungi Bernama di sini Selasa.

Temasya sukan sungai kali ini menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM55,600, katanya.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Temasya Sukan Sungai Kedah 2011 - Sempena Keputeraan Sultan Kedah Ke-83 By Mohd Rohaizad. Published: 5.4.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...