CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Tonton Filem Seram Seru - Konsep Baru Slasher


Filem seram terbaru dibawah arahan anak tempatan kita ini lebih berkonsepkan slasher, Seru bakal ditayangkan kepada rakyat Malaysia pada 28 April 2011 ini di seluruh pawagam negara. Ia dikatakan membawa konsep baru dalam dunia pembikinan filem seram di Malaysia.. Ayuh! Mari Baca info berkenaan dibawah.

Dengarnya mereka mengambil konsep filem Quarantine. Bukan meniru, tetapi pengarahnya,  Pierre Andre dan Woo Ming Jin menjadkan filem tersebut sebagai rujukan.

Baru-baru ini filem itu dipertontonkan kepada media. Macam-macam reaksi yang diberikan. Ada yang kata filem itu menarik dan benar-benar menakutkan.
Ada yang tak dapat meneruskan tontonan kerana berasa terganggu dengan pergerakan kamera yang membuatkan penonton pening kepala. Malah ada yang terpaksa keluar panggung kerana loya dan mahu muntah. Malah ada penonton yang termuntah di bilik air kerana tak tahan pening.

Kata Pierre, dia dan Woo sememangnyanya sengaja menggunakan pergerakan kamera macam itu kerana konsep filem tersebut sedemikian. Kalau begitulah kehendak pengarah, bermakna filem tersebut sudah berjaya.
,                                  

Pengarah berjaya membuatkan penonton rasa lain semasa menontonnya. Mungkin itu falsafahnya kalau mahu menonton filem seram, kita mesti benar-benar rasa lain macam. Kalau nak rasa romantik, kenalah pilih filem cinta.

Tapi Seru sebuah filem seram yang ada rasukan, jeritan, ketakutan dan suspens. Untuk menambahkan rasa suspens, kepala penonton juga kena rasa lain. Malang bagi yang tak dapat nak bertahan lama dek rasa pening.

Sebenarnya saya sendiri tak mampu nak menghabiskan masa menonton filem tersebut sehingga ke penamat. Sama seperti  orang yang memilih jalan keluar panggung, saya juga terpaksa keluar sebelum sesuatu yang tidak baik berlaku.

Saya tak kata filem itu tidak baik. Nampak ada kelainan  yang cuba dibawakan. Apatah lagi sekarang ini sesbuah demi sebuah filem berkonsep seram dihasilkan. Semestinya mereka mahu mengetengahkan sebuah konsep baru.

Ada teman yang  menonton sehingga ke penamat mengakui filem tersebut seram dan lain daripada filem lain. Bermakna teman itu boleh menerima filem tersebut sebagaimana yang dimahukan oleh pembikinnya. 

Ke festival di Itali

Seru terbitan bersama Tayangan Unggul Sdn. Bhd. dan Hanamia Services Sdn. Bhd. menampilkan Shaarnaz Ahmad sebagai pelakon utama dengan Katija, Cut Mutia dan Nisha Dirr.

Shaarnaz amat teruja dengan kemunculan filem ini kerana ini adalah filem pertama lakonannya ditambah pula dengan  corak horror yang berlainan dengan drama-drama lakonan sebelum ini.


Filem ini mengambil latar belakang di set pengambaran filem seram Jangan Bernafas. Pelbagai kejadian aneh berlaku apabila salah seorang krew diserang histeria. Satu demi satu kejadiah aneh berlaku menyebabkan penggambaran terganggu.

Kamera pembikinan The Making of Jangan Bernafas merakam semua aksi dan kejadian aneh tersebut. Sebab itulah pergerakan kamera hampir keseluruhan filem itu seolah-olah dari pandangan kamera tersebut yang tidak kemas pergerakannya.

Filem yang menelan belanja RM1.48 juta ini terpilih ke Far East Film Festival (FEFF) 13 di Udine, Itali pada 29 April hingga 7 Mei ini. Nampaknya ada sinar baru bagi filem tersebut.

Festival itu bertujuan meningkatkan kefahaman dan memberi penghargaan kepada karyawan filem Asia oleh masyarakat di Eropah dan Itali sendiri.

Festival ini menjadi medan terbaik buat karyawan Asia dan Eropah bertukar pandangan dan idea bagi meningkatkan kualiti filem mereka. Pasti ada sesuatu dalam filem ini yang menarik minat orang Eropah untuk menontonnya.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Tonton Filem Seram Seru - Konsep Baru Slasher By Mohd Rohaizad. Published: 17.4.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...