CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Tony Fernandes Terima Anugerah "Commander of the Order of the British Empire" (CBE) Daripada Ratu Elizabeth


 Datuk Seri Tony Fernandes, CEO of AirAsia

Datuk Seri Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, menerima "Commander of the Order of the British Empire" (CBE), anugerah daripada Ratu Elizabeth II di London.

"Saya amat bersyukur kerana menerima anugerah ini hari ini dan saya berterima kasih kepada Paduka Ratu".

"Ia menjadi pemangkin untuk lebih meningkatkan hubungan antara UK dan Malaysia, khususnya di bidang perniagaan, budaya dan pendidikan," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Penghargaan tersebut diberikan kerana khidmatnya mempromosi hubungan komersil dan pendidikan antara UK dan Malaysia.

Usahawan ikon itu memegang beberapa jawatan termasuk Ketua Pasukan Lotus, CEO Kumpulan AirAsia, syarikat penerbangan kos terendah di dunia AirAsia, dan pengasas Tune Group, konglomerat muda Malaysia yang berpusat di Malaysia.

Pada tahun 2010, kerajaan Perancis menganugerahkan beliau gelaran "Officier of the Legion d'Honneur", anugerah tertinggi bagi warga bukan Perancis, kerana sumbangan cemerlangnya terhadap industri penerbangan.

Baru-baru ini, Fernandes diberi gelaran "Asia Businessman of the Year 2010" oleh majalah antarabangsa Forbes, dan beliau menerima beberapa anugerah lain dari badan swasta dan media organisasi kerana pendekatan inovatifnya terhadap perniagaan.

P/s: Tahniah diucapkan kepada Datuk Seri Tony Fernandes kerana menerima anugerah tersebut, diharap AirAsia akan terus berjaya lagi pada masa hadapan dan mengharumkan nama negara Malaysia di persada antarabangsa.

Sumber rujukan:
Bernama

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Tony Fernandes Terima Anugerah "Commander of the Order of the British Empire" (CBE) Daripada Ratu Elizabeth By Mohd Rohaizad. Published: 1.4.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...