CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Undian Terkini Maharaja Lawak Minggu Ke-4: Mamat Khalid Umumkan Alex Terakhir Dan Tersingkir


Undian terkini menunjukkan yang Alex merupakan yang terakhir dalam senarai undian dan diumumkan oleh juri Mamat Khalid yang Alex tersingkir pada minggu ke-4. Ternyata nasib tidak menyebelahi Alex kerana faktor persembahan beliau yang kurang menyengat berbanding dengan peserta Maharaja Lawak yang lain.

Persembahan Alex nyata gagal memikat hati juri dan penonton pada malam itu, apabila dia merupakan peserta yang menerima jumlah undian paling terendah daripada juri dan penonton di gelanggang Maharaja Lawak yang berlangsung di Finas, malam semalam.

Namun Alex yang juga finalis Raja Lawak musim ke-4 ini bagaimanpun akur dengan penyingkiran tersebut dan bangga dengan pencapaian yang dikecapinya setakat itu.

"Berpeluang menyertai program Maharaja Lawak sahaja sudah buat saya rasa seperti diberi penghormatan. Bgai saya pihak Astro telah beri saya keyakinan diri yang tinggi kerana saya rasa mereka telah berjaya mengubah budak gemuk macam saya jadi orang yang terkenal.

"Selain mahu berterima kasih kepada pihak Astro yang telah memberi peluang saya untuk dikenali, saya juga ingin berterima kasih kepada pengundi dan peminat yang selama ini tak henti menyokong dan mengundi saya," jelas Alex yang ditemui selepas berlangsungnya Maharaja Lawak.

Mahu terus berada dalam bidang seni, kelahiran bintang Raja Lawak ini memberitahu dia mempunyai cita-cita yang tinggi untuk menjadi penulis skrip untuk drama atau filem komedi.

"Terus-terang saya sudah lama sedar saya bukannya pelawak sebenar dan tak tahu pun melawak tapi disebabkan saya disokong kuat oleh penonton dan peminat, akhirnya saya berjaya sampai ke tahap ini.

"Saya juga sedar bakat dan minat saya lebih kepada penulisan skrip untuk persembahan atau cerita lawak. Jadi mungkin jikia diberi peluang selepas ini saya mahu jadi orang disebalik tabir dengan menulis skrip.

"Jika peluang untuk saya berada dalam bidang lakonan nipis saya bercita-cita untuk menulis skrip drama atau movie komedi," katanya kepada murai.com.my.

Selepas Alex tersingkir barisan Maharaja Lawak kini hanya tinggal lapan lagi peserta lain iaitu Jozan, Nabil, Sepah, Jambu, Balas, Amir dan Jihan. Selain Mamat Khalid, barisan juri pengkritik Maharaja Lawak turut dibarisi oleh pengarah, Ahmad Idham dan pelawak, Saiful Apek.

Program Maharaja Lawak telah berlangsung di Studio Finas, Hulu Klang dan ia disiarkan secara langsung di Astro Warna (saluran 132).-Murai

Peratusan Undian minggu ke-4:
  1. Jozan - 61%
  2. Nabil - 58%
  3. Jambu - 53%
  4. Balas - 45%
  5. Amir -42%
  6. Man - 29%
  7. Alex 28%

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Undian Terkini Maharaja Lawak Minggu Ke-4: Mamat Khalid Umumkan Alex Terakhir Dan Tersingkir By Mohd Rohaizad. Published: 24.4.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...