CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Venezuela Kena Catu Elektrik - Presiden Hugo Chavez Bimbang Populariti Jatuh




Reuters di Caracas melaporkan yang bekalan elektrik terputus di hampir seluruh Venezuela, menjejaskan pengeluaran minyak dan sistem transit metro Caracas, sekali gus memeningkan Presiden Hugo Chavez hanya beberapa bulan selepas dasar catuan elektrik mengurangkan populariti beliau. Beliau sangat bimbang dengan perkembangan ini sehingga pelbagai langkah-langkah diambil bagi mengurangkan kemarahan rakyat.

Khidmat tren transit terhenti ketika waktu puncak sebelah petang dan menyebabkan ribuan penumpang terkandas. 

Kerajaan Chavez dikritik kerana tidak membuat cukup pelaburan bagi meningkatkan penjanaan tenaga elektrik bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat di negara pengeksport minyak itu.

Bekalan elektrik disambung semula di kebanyakan negeri dan ibu negara selepas insiden yang menghentikan sebentar kapasiti pengeluaran 17,500 megawatt Venezuela itu.

Namun, banyak negeri terputus bekalan semula untuk tempoh singkat di sebelah malam bagi mencatu bekalan ketika sistem grid mula stabil.

Naib Presiden, Elias Jaua mempersalahkan kebakaran hutan yang merosakkan kabel 800-kilowatt sebagai punca masalah itu.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Venezuela Kena Catu Elektrik - Presiden Hugo Chavez Bimbang Populariti Jatuh By Mohd Rohaizad. Published: 8.4.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...